• Program Terapi Pasir

    Langkawi 2011
  • Kejohanan Merentas Desa 2012

    3 Februari 2012
  • Pengurusan Diri

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Berkuda

    8 Februari & 25 April 2012
  • Kek, Roti & Pastri

    PPKIBP SMK Arau
  • Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Perlis 2012

    17 - 19 April 2012
  • Lawatan Penanda Aras JPN Negeri Sembilan

    27 Februari 2012
  • MPVK Pertukangan

    PPKIBP SMK Arau
  • Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Waris Pelajar

    7 Mac 2012
  • MPVK Perkebunan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Explorace - Jejak Maklumat

    29 Mac 2012
  • Lawatan Penanda Aras SMK Machang Bubuk

    10 April 2012
  • Program Senamrobik Siri I hingga IV

    Mac & April 2012
  • Kokurikulum JPA 3

    PPKIBP SMK Arau
  • Aktiviti Gotong-Royong

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Bowling

    22 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Telaga Tujuh

    29 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Muzik

    PPKIBP SMK Arau
  • Pot Luck

    3 Mac 2012
  • Kokurikulum - Kelab Kesenian & Kebudayaan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Muzik

    22 Mac 2012
  • Kokurikulum - Permainan Petanque

    PPKIBP SMK Arau
  • Jom Ke Gym

    12 April 2012
  • Ringgit Kasorrga - Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Negeri Perlis

    21 April 2012
  • Lawatan Sambil Belajar

    Langkawi 2011
  • Senamrobik Sempena Larian 1 Malaysia

    PPKIBP SMK Arau 2011
  • Program Amali Sembelihan

    PPKIBP SMK Arau

Monday, April 1, 2013

BLOG PPKIBP SMK ARAU BERWAJAH BARU


Blog PPKIBP SMK Arau kini berwajah baru. Untuk mengetahui program dan aktiviti yang telah dijalankan dan mendapatkan maklumat-maklumat terkini,sila ke alamat: 


atau klik pautan di bawah:

========================================================

Tuesday, May 1, 2012

TAHNIAH ABD. HALIM!! ATLET YANG TERUS MENYINAR


Halim bersama sijil dan pingat-pingat yang dimenangi.

"ABDUL Halim perbaharui dua rekod asia di Terbuka Malaysia". Itulah tajuk ruangan sukan sebuah akhbar harian, merujuk kepada salah seorang atlet negara yang menyertai Kejohanan Olahraga Paralimpik Terbuka Malaysia 2012. Atlet tersebut, Abdul Halim bin Badruddin yang juga merupakan pelajar di PPKIBP SMK Arau telah mengharumkan nama sekolah seterusnya negara pada kejohanan tersebut apabila memenangi 2 pingat emas dan 1 perak. Pingat-pingat yang dimenangi masing-masing menerusi acara 800m, 1500m (pingat emas) dan 400m (pingat perak) bagi kategori T38. Apa yang paling membanggakan ialah beliau telah berjaya memecahkan dua rekod Asia iaitu bagi acara 800m dan 1500m.

Friday, April 27, 2012

TERAPI KUDA SIRI II 2012




PROGRAM Terapi Berkuda Siri 2 telah dijalankan pada 25 April 2012 bertempat di Pusat Ekuin Perlis. Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkeperluan khas akan kehidupan bersosial dan berinteraksi dengan dunia nyata sekaligus memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman menunggang kuda. Di samping itu, program ini dijalankan bagi mengeratkan lagi hubungan di antara guru-guru dan pelajar-pelajar berkeperluan khas. 


Selesai program ini berjalan, guru-guru, PPM dan para pelajar seterusnya bergerak ke Hospital Tuanku Fauziah untuk melawat cikgu Roslan bin Othman (Penolong Kanan Pendidikan Khas) yang sedang sakit. Seluruh warga PPKIBP SMK Arau mendoakan semoga cikgu Roslan cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. Amin...


KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI PERLIS 2012



KEJOHANAN Balapan & Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Perlis 2012 telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 17 hingga 19 April 2012. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tahun ini merupakan tahun yang gemilang bagi PPKIBP SMK Arau dalam bidang sukan apabila menjadi juara keseluruhan dengan kutipan pingat emas yang sangat membanggakan. Di samping bergelar johan keseluruhan, 3 orang atlet sekolah juga telah berjaya dianugerahkan sebagai olehragawan dan olehragawati bagi kategori masing-masing. Berikut merupakan kutipan pingat PPKIBP SMK Arau sepanjang kejohanan berlangsung:

EMAS
PERAK
GANGSA
JUMLAH

15


10

7

32


Sunday, April 22, 2012

RINGGIT KASORRGA



PROGRAM Ringgit Kasorrga pada kali ini (21 April 2012) dijalankan bersempena dengan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perlis 2012 di mana SMK Arau telah menjadi tuan rumah. PPKIBP SMK Arau yang memang terkenal dengan kek & pastrinya tidak melepaskan peluang untuk mengadakan jualan . Sambutan yang diterima sangat menggalakkan apabila kesemua kek yang dijual habis dibeli. Begitu juga dengan air minuman mendapat sambutan yang baik daripada para pembeli. Walaupun letih tapi puas hati dengan keuntungan yang diperolehi.

JOM KE GYM


Begitu tekun menjalani latihan.
BAGI memantapkan lagi prestasi dan stamina, pelajar-pelajar yang terpilih untuk mewakili PPKIBP SMK Arau ke Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Perlis 2012 telah berpeluang untuk menjalani latihan di Pusat Gym Halily, Arau. Mereka yang diiringi guru-guru dan PPM kelihatan begitu teruja dan bersemangat. Aktiviti yang berjalan selama kira-kira 2 jam ini berakhir pada jam 10.00 pagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails