• Program Terapi Pasir

    Langkawi 2011
  • Kejohanan Merentas Desa 2012

    3 Februari 2012
  • Pengurusan Diri

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Berkuda

    8 Februari & 25 April 2012
  • Kek, Roti & Pastri

    PPKIBP SMK Arau
  • Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Perlis 2012

    17 - 19 April 2012
  • Lawatan Penanda Aras JPN Negeri Sembilan

    27 Februari 2012
  • MPVK Pertukangan

    PPKIBP SMK Arau
  • Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Waris Pelajar

    7 Mac 2012
  • MPVK Perkebunan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Explorace - Jejak Maklumat

    29 Mac 2012
  • Lawatan Penanda Aras SMK Machang Bubuk

    10 April 2012
  • Program Senamrobik Siri I hingga IV

    Mac & April 2012
  • Kokurikulum JPA 3

    PPKIBP SMK Arau
  • Aktiviti Gotong-Royong

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Bowling

    22 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Telaga Tujuh

    29 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Muzik

    PPKIBP SMK Arau
  • Pot Luck

    3 Mac 2012
  • Kokurikulum - Kelab Kesenian & Kebudayaan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Muzik

    22 Mac 2012
  • Kokurikulum - Permainan Petanque

    PPKIBP SMK Arau
  • Jom Ke Gym

    12 April 2012
  • Ringgit Kasorrga - Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Negeri Perlis

    21 April 2012
  • Lawatan Sambil Belajar

    Langkawi 2011
  • Senamrobik Sempena Larian 1 Malaysia

    PPKIBP SMK Arau 2011
  • Program Amali Sembelihan

    PPKIBP SMK Arau

Friday, May 7, 2010

MENERIMA KUNJUNGAN DARI SMK SYED ALWI, KANGAR

Dah sampai pun...tetamu yang ditunggu-tunggu..meriah betul,
hampir 30 orang murid yang hadir diketuai oleh Puan Suhana
(berbaju putih)
PADA jumaat yang lalu (7 Mei 2010) PPKIBP SMK Arau telah menerima kunjungan daripada SMK Syed Alwi Kangar. Rombongan yang diwakili hampir enam orang guru dan tiga orang PPM beserta  murid seramai 30 orang membuat lawatan sambil belajar untuk melihat perjalanan program rintis PPKIBP SMK Arau iaitu Program Kek dan Pastri. 

Memandangkan pada bulan ini merupakan minggu Hari Ibu dan Hari Guru, PPKIBP telah merebut peluang untuk menganjurkan program CAKE MANIA kali-3 dan bersedia menerima tempahan kek sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Guru yang akan menjelang tidak lama lagi. Gempak jugalah program ini berlangsung dan menerima sambutan di luar dugaan. Jom kita layan gambar di bawah....Jom !


LAPORAN BERGAMBAR

Inilah rupanya banner yang dipasang di kawasan perkarangan sekolah bagi promosi program CAKE MANIA.

Banner juga turut dipasang di perkarangan PPKIBP.

Suasana di dataran perhimpunan PPKIBP...murid dan guru sedang menunggu tetamu dari SMK Syed Alwi, Kangar.

Murid-murid berbual rancak dengan bekas guru mereka En. Roslan yang kini menjadi penyelaras PPKIBP SMK Arau.

Kehadiran murid disambut baik oleh semua warga PPKIBP dan diberikan tontonan tayangan video sekolah bagi memberikan gambaran keseluruhan perjalanan program PPKIBP sepanjang tahun.

Sementara di luar pula, sebahagian murid-murid sedang menjalankan MPV Perkhidmatan Cucian Kereta dan kereta pilihan adalah milik penyelaras program SMK Syed Alwi iaitu Puan Zuraini.

Tekun murid-murid mencuci kereta sambil dipantau cikgu Shuaib.

Inilah sebahagian guru-guru dan PPM dari SMK Syed Alwi sedang tekun mendengar taklimat ringkas dari penyelaras program iaitu Encik Roslan.

Sementara di dapur pula, chef-chef sedang tekun mendengar arahan dari Puan Hayati yang bertindak sebagai Executive Chef...naik pangkat sket gelaran tu..hehe.

Chef-chef sedang sibuk menyiapkan tempahan kek yang ditempah khas...

Hah..yang ini pulak pizza yang belum dibakar. Selain kek, kami juga menjual pizza BONDA...yang diuruskan oleh Puan Sarina.

Murid sedang sibuk menyediakan topping kek tempahan...hmmmm tengok saja pun dah lapar perut.

Yang ini pulak kek tempahan yang diterima dari murid tingkatan 3 yang bakal mengambil PMR..dan sempat diraikan bersama guru mereka.

Lihatlah...murid-murid aliran perdana memberikan sokongan penuh kepada program CAKE MANIA.

Ehhh..cikgu Salmina pun tengah menunggu kek tempahan yer...tunggu jap yer cikgu...hehe

Taraaa...inilah rupanya kek tempahan yang telah siap..cantik tak?...

Selesai saja menonton video..murid-murid dijemput untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh PPKIBP, jemput makan semua....

Khusyuknya cikgu Suhana makan sambil dikelilingi oleh anak muridnya.

Kek ini dibuat khas untuk semua warga SMK Syed Alwi yang hadir dan majlis potong kek dirasmikan oleh penyelaras program iaitu Puan Zuraini.

Sambil menjamu selera sambil pengisian program dijalankan...Cikgu Roslan sedang memberikan penerangan tentang video dan blog rasmi sekolah.  

Sebelum pulang, kedua-dua sekolah ini sempat mengabadikan kenangan bergambar.

Yang ini pulak...orang sibuk bergambar dia sibuk mengira untung...hahaha...memang biji mata ada RM..RM...hehe
--------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails