• Program Terapi Pasir

    Langkawi 2011
  • Kejohanan Merentas Desa 2012

    3 Februari 2012
  • Pengurusan Diri

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Berkuda

    8 Februari & 25 April 2012
  • Kek, Roti & Pastri

    PPKIBP SMK Arau
  • Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Perlis 2012

    17 - 19 April 2012
  • Lawatan Penanda Aras JPN Negeri Sembilan

    27 Februari 2012
  • MPVK Pertukangan

    PPKIBP SMK Arau
  • Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Waris Pelajar

    7 Mac 2012
  • MPVK Perkebunan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Explorace - Jejak Maklumat

    29 Mac 2012
  • Lawatan Penanda Aras SMK Machang Bubuk

    10 April 2012
  • Program Senamrobik Siri I hingga IV

    Mac & April 2012
  • Kokurikulum JPA 3

    PPKIBP SMK Arau
  • Aktiviti Gotong-Royong

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Bowling

    22 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Telaga Tujuh

    29 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Muzik

    PPKIBP SMK Arau
  • Pot Luck

    3 Mac 2012
  • Kokurikulum - Kelab Kesenian & Kebudayaan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Muzik

    22 Mac 2012
  • Kokurikulum - Permainan Petanque

    PPKIBP SMK Arau
  • Jom Ke Gym

    12 April 2012
  • Ringgit Kasorrga - Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Negeri Perlis

    21 April 2012
  • Lawatan Sambil Belajar

    Langkawi 2011
  • Senamrobik Sempena Larian 1 Malaysia

    PPKIBP SMK Arau 2011
  • Program Amali Sembelihan

    PPKIBP SMK Arau

Friday, April 27, 2012

TERAPI KUDA SIRI II 2012




PROGRAM Terapi Berkuda Siri 2 telah dijalankan pada 25 April 2012 bertempat di Pusat Ekuin Perlis. Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkeperluan khas akan kehidupan bersosial dan berinteraksi dengan dunia nyata sekaligus memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman menunggang kuda. Di samping itu, program ini dijalankan bagi mengeratkan lagi hubungan di antara guru-guru dan pelajar-pelajar berkeperluan khas. 


Selesai program ini berjalan, guru-guru, PPM dan para pelajar seterusnya bergerak ke Hospital Tuanku Fauziah untuk melawat cikgu Roslan bin Othman (Penolong Kanan Pendidikan Khas) yang sedang sakit. Seluruh warga PPKIBP SMK Arau mendoakan semoga cikgu Roslan cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. Amin...



Taklimat dan pembahagian kumpulan oleh cikgu Chan selaku setiausaha  program.

Beratur menaiki bas.

Tiba ke destinasi iaitu Pusat Ekuin Perlis.

Kumpulan pertama pelajar yang akan menjalani terapi.

Norazwan menjadi pelajar pertama menaiki kuda.

Farisha tanpa rasa takut berjaya melaksanakan misi.

Azyan yang begitu teruja dan seronok.

Giliran Hadirah. 

Steady jer Xian Er..Tahniah!! 

Cikgu Siti Azlina dan para jurulatih membantu Alif Fitri menaiki kuda.

"Pakai betul-betul" giliran Sulisa sambil dibantu oleh cikgu Siti Azlina.

"Saya dah boleh" perasaan takut Khodijah kini tiada lagi...Tahniah!!

"Tiada masalah" ujar Megat Farris.

Setia menunggu giliran.

"Demi keselamatan" Khaidir memakai helmet sambil diperhatikan oleh Cik Nur Afnie.

Guru-guru yang memantau aktiviti pelajar.

Mesra sungguh cikgu Amy Saliha dengan Xian Er.

Sempat berposing sementara menunggu pelajar menghabiskan tunggangan.

Kumpulan pelajar yang telah berjaya melaksanakan misi menunggang kuda sedang berehat di bangunan utama pusat ekuin ini.

"Peace"...Berehat sementara menunggu pelajar yang lain.

Menikmati jamuan ringan yang dibawa pihak sekolah.

Salah seorang pelajar yang fail...Zaki tetap berkeras untuk tidak menunggang kuda walaupun dipujuk berkali-kali.

Aksi Faizul yang telah gagal pada kali ini...Pandai berlakon ye... 

Suasana yang indah ini tidak disia-siakan begitu saja..cikgu Maisarah dan cik Not  mengambil kesempatan untuk bergambar sambil Zaki mengambil kesempatan untuk menyelit..

Bersedia untuk berangkat ke Hospital Kangar.

Berbaris secara tertib sebelum bergerak. 

Duduk berehat sambil menunggu arahan seterusnya.
---------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails