• Program Terapi Pasir

    Langkawi 2011
  • Kejohanan Merentas Desa 2012

    3 Februari 2012
  • Pengurusan Diri

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Berkuda

    8 Februari & 25 April 2012
  • Kek, Roti & Pastri

    PPKIBP SMK Arau
  • Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Perlis 2012

    17 - 19 April 2012
  • Lawatan Penanda Aras JPN Negeri Sembilan

    27 Februari 2012
  • MPVK Pertukangan

    PPKIBP SMK Arau
  • Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Waris Pelajar

    7 Mac 2012
  • MPVK Perkebunan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Explorace - Jejak Maklumat

    29 Mac 2012
  • Lawatan Penanda Aras SMK Machang Bubuk

    10 April 2012
  • Program Senamrobik Siri I hingga IV

    Mac & April 2012
  • Kokurikulum JPA 3

    PPKIBP SMK Arau
  • Aktiviti Gotong-Royong

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Bowling

    22 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Telaga Tujuh

    29 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Muzik

    PPKIBP SMK Arau
  • Pot Luck

    3 Mac 2012
  • Kokurikulum - Kelab Kesenian & Kebudayaan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Muzik

    22 Mac 2012
  • Kokurikulum - Permainan Petanque

    PPKIBP SMK Arau
  • Jom Ke Gym

    12 April 2012
  • Ringgit Kasorrga - Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Negeri Perlis

    21 April 2012
  • Lawatan Sambil Belajar

    Langkawi 2011
  • Senamrobik Sempena Larian 1 Malaysia

    PPKIBP SMK Arau 2011
  • Program Amali Sembelihan

    PPKIBP SMK Arau

Friday, April 27, 2012

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI PERLIS 2012



KEJOHANAN Balapan & Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Perlis 2012 telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 17 hingga 19 April 2012. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tahun ini merupakan tahun yang gemilang bagi PPKIBP SMK Arau dalam bidang sukan apabila menjadi juara keseluruhan dengan kutipan pingat emas yang sangat membanggakan. Di samping bergelar johan keseluruhan, 3 orang atlet sekolah juga telah berjaya dianugerahkan sebagai olehragawan dan olehragawati bagi kategori masing-masing. Berikut merupakan kutipan pingat PPKIBP SMK Arau sepanjang kejohanan berlangsung:

EMAS
PERAK
GANGSA
JUMLAH

15


10

7

32




Bendera yang menjadi lambang kebanggaan sekolah.

Kuartet 4x100m yang berjaya menggondol pingat emas.

Cikgu Amy Saliha membantu para atlet memakai nombor peserta.


Warm up dulu...Cikgu Siti Azlina selaku guru Pendidikan Jasmani membimbing para atlet melakukan warm up.
Puteri Noraini memulakan larian dalam acara 100m saringan.

"Biar kalah asal bergaya", Lim Xian Er dalam acara Lontar Peluru Perempuan Junior.

Larian emas...Zairul yang berjaya meraih pingat emas dalam acara 100m Lelaki Junior.

Atlet harapan..Amirul Hafizi menamatkan larian di tempat pertama dalam acara 100m Lelaki Senior sementara Norazwan di tempat kedua.

Hamizan @ Pak Su penuh bergaya menjulang pingat emas bagi acara 80m Kategori Down Syndrom Lelaki Junior.

Barisan guru, PPM dan atlet yang berjaya meraih pingat pada hari pertama kejohanan.

Lompatan emas..Amirul Hafizi tidak menghampakan apabila sekali lagi berjaya mengutip pingat emas bagi acara Lompat Jauh Lelaki Senior.

Lontaran emas daripada Megat Farris Hanif dalam acara Lontar Peluru Lelaki Junior.

Nor Faez menambah kilauan emas PPKIBP SMK Arau menerusi acara 200m Lelaki Junior.

Pantang menyerah...Madina membuktikan kemampuannya apabila berjaya meraih pingat emas  dalam acara 200m Perempuan Senior, sementara Shazlina mengekori rapat untuk berkedudukan di tempat kedua.

Terus menyerlah..Amirul Hafizi yang menjadi anak emas PPKIBP SMK Arau sekali lagi membuktikan kemampuannya di tempat pertama dalam acara 200m Lelaki Senior.

Abdul Halim yang hampir-hampir tidak dapat bertanding akibat komitmen di tempat lain tidak mensia-siakan peluang apabila menyumbang pingat emas dalam acara 1500m Lelaki Senior..Tahniah!!!

Acara 4x100m Lelaki Junior..Pingat emas!!

4x100m Lelaki Senior.. Pun pingat emas!!

"Gegar Arau Gegar" yang menjadi motto kontinjen PPKIBP SMK Arau pada tahun ini.

Cikgu Wahida yang menjadi Hakim Masa pada hari kejohanan.

Neewhat Inthano yang menjadi maskot perbarisan.

Barisan guru selaku jurulatih yang diketuai oleh cikgu Sarina selaku Pengurus Pasukan.

Kerjasama erat dan komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh warga PPKIBP SMK Arau sehingga terhasilnya kemenangan yang cukup membanggakan.

Cik Su sibuk membantu atlet membuat persediaan sebelum memulakan acara.

Cikgu Ropizah selaku Ketua Kontinjen menerima sijil daripada Tuan Haji Shadan yang juga Ketua Unit Pendidikan Khas.

Berikut merupakan anugerah yang berjaya diraih oleh atlet kontinjen sekolah:

1. Amirul Hafizi bin Abdullah - Olahragawan Lelaki Senior
2. Mohd. Zairul Fitri bin Saberin - Olahragawan Lelaki Junior
3. Madina binti Abdullah - Olahragawati Perempuan Senior


Anugerah Olahragawan Lelaki Senior akhirnya menjadi milik Amirul Hafizi yang berjaya mendapat 3 emas acara individu dan 1 emas acara berpasukan.

Anugerah Olahragawan Lelaki Junior, Mohd. Zairul Fitri bin Saberin yang meraih 2 emas bagi acara individu dan 1 emas bagi acara berpasukan..Tahniah!!

Madina Abdullah telah dinobatkan sebagai Olahragawati Perempuan Senior dengan kutipan 2 emas dan 1 perak.

Tuan Haji Shadan selaku Ketua Unit Pendidikan Khas melepaskan burung sebagai simbolik majlis penutupan kejohanan.

Barisan atlet yang dianugerahkan olahragawan & olahragawati bagi kategori masing-masing. Tahniah kepada Amirul Hafizi, Zairul Fitri & Madina.

Warga sekolah khususnya seluruh warga PPKIBP SMK Arau ingin merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah di atas kejayaan yang telah dicapai kepada para guru yang telah melatih dan membimbing, para atlet yang telah membuktikan kemampuan untuk mencapai kejayaan dan seluruh warga yang tanpa jemu senantiasa memberikan sokongan dan dorongan. TAHNIAH!!!
--------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails