• Program Terapi Pasir

    Langkawi 2011
  • Kejohanan Merentas Desa 2012

    3 Februari 2012
  • Pengurusan Diri

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Berkuda

    8 Februari & 25 April 2012
  • Kek, Roti & Pastri

    PPKIBP SMK Arau
  • Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Perlis 2012

    17 - 19 April 2012
  • Lawatan Penanda Aras JPN Negeri Sembilan

    27 Februari 2012
  • MPVK Pertukangan

    PPKIBP SMK Arau
  • Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Waris Pelajar

    7 Mac 2012
  • MPVK Perkebunan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Explorace - Jejak Maklumat

    29 Mac 2012
  • Lawatan Penanda Aras SMK Machang Bubuk

    10 April 2012
  • Program Senamrobik Siri I hingga IV

    Mac & April 2012
  • Kokurikulum JPA 3

    PPKIBP SMK Arau
  • Aktiviti Gotong-Royong

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Bowling

    22 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Telaga Tujuh

    29 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Muzik

    PPKIBP SMK Arau
  • Pot Luck

    3 Mac 2012
  • Kokurikulum - Kelab Kesenian & Kebudayaan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Muzik

    22 Mac 2012
  • Kokurikulum - Permainan Petanque

    PPKIBP SMK Arau
  • Jom Ke Gym

    12 April 2012
  • Ringgit Kasorrga - Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Negeri Perlis

    21 April 2012
  • Lawatan Sambil Belajar

    Langkawi 2011
  • Senamrobik Sempena Larian 1 Malaysia

    PPKIBP SMK Arau 2011
  • Program Amali Sembelihan

    PPKIBP SMK Arau

Sunday, July 25, 2010

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS CONTOH DAN PELANCARAN LAMAN BLOG PPKIBP SMK ARAU


Penyerahan cenderahati dari warga PPKIBP berupa kek hasil 
air tangan murid-murid oleh Pengetua SMK Arau.

PADA jumaat  yang lepas, iaitu pada 23 Julai 2010 telah berlangsung dengan jayanya majlis perasmian program pendidikan khas contoh dan pelancaran laman blog PPKIBP SMK Arau. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Mansor bin Lat, Pengarah Pelajaran Negeri Perlis.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Sektor Jaminan Dan Kualiti  iaitu Tuan Hj. Mohd Mustafa bin Ahmad,  Ketua Sektor Pendidikan Khas, Tn Hj. Hasan bin Hashim, Ketua Unit Pendidikan Khas, Tn. Hj. Shadan bin Yahaya, Pegawai-pegawai JPN Perlis, YDP PIBG Sekolah, Pengetua-pengetua, Guru Besar-Guru Besar, Penyelaras-penyelaras Pendikan Khas dan Ibu-bapa murid-murid pendidikan khas.


Majlis yang bermula seawal jam 9.00 pagi dimulakan dengan iringan bunga manggar dan persembahan silat dari murid pendidikan khas diikuti dengan iringan gamelan. Seterusnya acara diteruskan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku. Para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan puisi dan nyanyian dari murid-murid dan acara kemuncak majlis adalah pada gimik pelancaran laman blog PPKIBP yang dirasmikan oleh Encik Mansor bin Lat. Jom layan gambar di bawah....


SEBELUM MAJLIS PERASMIAN BERMULA...


Belon-belon bergas dijadikan gimik pada majlis pelancaran laman blog.

Ruang pameran jahitan, kraftangan dan pertukangan.

Ruang makan tetamu-tetamu yang hadir.

Cikgu Junaidah sedang mengikat sampin murid yang terlibat 
dengan acara sambutan.

Raptai menaikkan bendera Malaysia...memastikan timing murid betul.

Persembahan gamelan dari murid-murid PPKIBP...hebat..hebat..hebat.


MAJLIS BERMULA.....

Cik pengacara majlis pada hari tersebut..cikgu Ropizah...
boleh tahan gak suara...hehe

Ustaz Nurul Azri bin Abdullah membacakan doa bagi 
memberkati majlis...amin..

Ucapan alu-aluan dari Pengetua SMK Arau, Tn. Hj. Halim bin Mansor.

Ucapan dari Pengarah Pelajaran Perlis, Encik Mansor bin Lat.

Acara yang dinanti-nantikan..tandatangan di atas topping kek 
sebagai penghargaan.

Hebat..hebat...tandatangan dari Tuan Pengarah.

Turut diberikan peluang untuk menurunkan tandatangan ialah 
Tn. Hj Mohd Mustafa bin Ahmad.

Inilah Hasilnya...hehehehe

Lihatlah...masing-masing teruja melihat murid-murid membuat topping kek.

Masa untuk menjamu selera...silakan...

Sebahagian tetamu yang hadir.

Penyelaras-penyelaras yang sporting meluangkan masa dan memberikan 
sokongan..terima kasih.

Meja VIP sedang enak menjamu selera...

Masa untuk melawat ke blok PPKIBP...tetamu diberikan cenderahati 
berupa cup cake.

 Shafiq menunjukkan skillnya menghias kek...hebat..hebat.

Aslam tekun menghias cup cake untuk diberikan kepada tetamu yang hadir.

Encik Mansor bin Lat membuat tinjauan di blok PPKIBP.

Sementara di luar pula, murid-murid sedang menunjukkan kemahiran 
membuat seni pualaman.

Begitu teruja Pengetua ini..duduk bersama-sama murid membuat seni 
pualaman.

"Cantik tak?...boleh saya bawa balik tak?..bolehhhhhhhh...silakan...
begitu sporting, tabik spring!...

Sumbangan ikhlas kami kepada Tuan Pengarah kerana sudi 
meluangkan masa untuk merasmikan program contoh pendidikan 
khas bagi tahun 2010.

Begitu teruja Faizul untuk bersalaman dengan Tuan Pengarah.

Masa untuk pulang dan menghadiri majlis lain pula selepas ini....

Inilah rupa cup cake yang diberikan sebagai cenderahati kepada tetamu 
yang hadir.

Tuan Hj. Shadan sempat memberikan pose sebelum pulang..hehe

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua warga kerja PPKIBP SMK Arau yang begitu bersungguh-sungguh menjayakan majlis yang paling bermakna ini..semoga sikap WONDER PETS sentiasa bersemi dalam diri warga PPKIBP...cayalah!!!!!...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails