Cikgu Chan sedang memberikan arahan bagi sesi pemanasan badan iaitu teknik pernafasan dalam air dengan betul. |
TARIKH : 29 APRIL 2010
MASA : 8.15 PAGI HINGGA 11.30 PAGI
TEMPAT : KOLAM RENANG HOTEL PUTRA PALACE
KANGAR, PERLIS.
PADA khamis yang lepas, PPKIBP SMK Arau telah mengatur satu program terapi air di kolam renang Hotel Putra Palace, Kangar. Program ini dianggotai oleh seramai 10 orang guru, 2 orang PPM ( Pembantu Pengurusan Murid) dan 21 orang murid. Kehadiran kami di Putra Palace telah disambut baik oleh pihak pengurusan Hotel dan pihak hotel sangat berbesar hati memberikan pakej percuma sarapan pagi khas untuk warga PPKIBP. Kelihatan semua peserta program 'enjoy' dengan aktiviti yang telah dirancang. Jom kita layan gambar di bawah.
LAPORAN BERGAMBAR
Murid high function memberikan perhatian arahan dari instructor.
Murid perempuan diasingkan sementara murid lelaki melakukan aktiviti pemanasan badan.
Aktiviti regangan juga boleh dilakukan di dalam air sambil diawasi oleh Cikgu Fiza.
Murid melakukan aktiviti terapi menyelam dalam air.
Saat-saat dramatik..murid ini menghadapi masalah fobia terhadap air.
Ketakutan Shafiqah ditenangkan oleh sebahagian dari guru-guru dan PPM.
Ishh...dan lagi cikgu Sarina memberikan pose istimewa di hadapan lensa kamera. Tetap ayu walaupun dah basah kuyup...hehe
Aktiviti pemanasan badan oleh murid perempuan pula sambil diperhatikan oleh Cikgu Yati.
Alamak! syok sendiri nampak...PPM sedang menunjukkan aksi meluncur dengan betul.
Akhirnya...Shafiqah berjaya ditenangkan dan fobia terhadap air telah dapat diatasi..bagus...bagus.
Lihatlah aksi tiga jejaka PPKIBP, sempat memberikan pose manja di hadapan lensa kamera.
Cikgu Maisarah sedang mengajar Arif teknik pernafasan dengan betul.
Fuyoo...dan lagi Cikgu Roslan dan Tarmizi bergosip di tepi kolam renang.
Tarik nafas dalam-dalam, tahan nafas kemudian selam...cikgu Sarina cuba mengajar Rosnani.
'Bukan macam tulah sayang oi!' , cikgu Yati membetulkan kedudukan badan murid di dalam air.
Seksinya...sampai terangkat baju menyelam.
Rescue 911..mangsa lemas..terbatuk-batuk Firdaus tertelan air...
'Ini papan lucur ler Shafiq bukannya kabota'...siap mengeluarkan bunyi macam enjin motorbot.
Pihak pengurusan Hotel sedang sibuk menyediakan sarapan pagi khas untuk warga PPKIBP.
Wah ! rajinnya cikgu Ropizah (baju unggu) sedang membahagikan makanan dan minuman kepada murid.
Inilah sajian yang diberikan oleh pihak Hotel...memang sedap, bihun goreng 'Ala Thai'
Berselera murid-murid menikmati makanan maklum sajalah perut dah lapar kerana terlalu lama di dalam air.
Tak toleh dah kiri kanan..khusyuk menikmati makanan.
Selesai saja makan, murid turun ke dalam air semula bagi menjalani sesi permainan gelung plastik.
Pertandingan bola tampar air dijalankan bagi sesi terapi murid.
Guru dan PPM juga tidak lepaskan peluang untuk menubuhkan satu pasukan bola tampar air..cepat, tunjukkan kehandalan masing-masing.
Selesainya bermain air...tibalah masa untuk pulang..murid mendengar taklimat ringkas dari penyelaras iaitu Cikgu Roslan tentang peraturan-peraturan yang harus dipatuhi ketika berada di kawasan kolam renang.
-----------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment