Bersemangat Norhadirah menyampaikan ceritanya |
SEMPENA bulan Kemerdekaan ini, warga PPKIBP SMK Arau telah menganjurkan satu program khas sempena Kemerdekaan iaitu pertandingan bercerita dan mewarna Merdeka. Program yang berjalan seawal jam 8.30 pagi dimulai dengan pertandingan bercerita. Seramai 6 orang murid 'high function' telah mengambil bahagian dalam program tersebut. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bertujuan mencungkil bakat terpendam murid selain mengasah minda mereka tentang susur galur erti kemerdekaan yang sebenar.
Selesai sahaja pertandingan bercerita, murid disajikan pula dengan tayangan perdana Hati Malaya yang dipasang menerusi LCD dengan matlamat membuka minda murid tentang kepayahan orang zaman dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara. Sebanyak 10 hadiah kuiz turut diberikan kepada murid-murid yang berjaya menjawab kuiz spontan semasa tayangan video dimainkan.
Pada jam 10.40 pagi pula, pertandingan mewarna dijalankan di mana semua murid wajib menyertainya. Sebanyak 7 hadiah hamper ditawarkan kepada pemenang-pemenang. Kelihatan murid cukup teruja dengan program yang dianjurkan....tak percaya?....mari kita intai aktiviti murid-murid ini.
LAPORAN BERGAMBAR
Persiapan tempat dijalankan seawal jam 7.50 pagi.
Kelihatan cikgu Shuaib dan Cik Nuit sedang sibuk menyediakan LCD.
Latihan secara lisan dijalankan buat kali terakhir.
Kak Ta sedang sibuk menyusun hamper para pemenang.
Cik pengacara majlis pada hari tersebut, cik Ropizah.
Barisan para hakim lagi bijaksana..hehehe, dari kiri Cikgu Siti, Cikgu
Nizar dan Cikgu Hayati.
Siti Nurhazlein dengan caranya tersendiri...
Syakirah menunjukkan bakatnya bercerita.
Pemenang kuiz spontan, Nurfazira Farhanis.
Syafiqah Nadzueen menerima hadiah dari Cikgu Linda.
Khaidir begitu bangga menjawab kuiz spontan.
Tayangan Perdana Hati Malaya...cukup mengharukan.
Pertandingan mewarna dijalankan.
Kusyuk mewarna....
Bersila cikgu Siti menemani murid-murid ini.
Fuyooo...siap menerap lagi tu....macam-macam ragam.
Macam ini pun ada juga ke?....ikut sukalah....
Pemenang-pemenang pertandingan mewarna.
Pemenang tempat ketiga pertandingan bercerita, Nursyakirah.
Pemenang tempat pertama pertandingan bercerita jatuh kepada Nurhadirah.
Pemenang pertandingan mewarna bagi kelas 7, Nurul Husna
Pemenang bagi kelas 6, Khodijah.
Pemenang kelas 5, Azyan
Pemenang kelas 2, Nurhadirah...sekali lagi...
Pemenang kelas 1 , Lau Hui Ping...tersenyum bangga.
Inilah hasil lukisan Norhadirah...cantik tak?..
No comments:
Post a Comment