LAPORAN BERGAMBAR
Tarikh : 3 Mei 2010
Masa : 9.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Padang SMK Arau, Perlis.
Murid-murid berkumpul di dataran PPKIBP sementara menunggu Sekolah Tuanku Budriah, Arau tiba untuk bersenamrobik..
Inilah warga PPKIBP SMK Arau..dan lagi kami berposing sementara menunggu instructor dari jabatan tiba.
Cikgu Niza (tudung oren) dan PPM sedang memotong keropok lekor untuk digoreng dan dijadikan sarapan pagi sebelum senamrobik berlangsung.
Tauke goreng-menggoreng pula diambil alih sepenuhnya cikgu Sarina (tudung oren) dan PPM (tudung oren lembut)...'dok tepis apa tu Zai?'...
Haaa..yang nilah tauke tuang sos..memang pakar...jangan marah cikgu Maisarah..
Cikgu Fiza sedang mengatur budak dalam barisan sebelum program senamrobik bermula.
Ish..bukan main bersemangat murid-murid ini bersenamrobik mengikut rentak lagu yang dimainkan..
Lihatlah instructor kami..Puan Hashimah binti Ismail cukup bersemangat memberikan arahan bercampur dengan senda gurau yang mengasyikkan.
Ewah..ewah..semangat betul cikgu Lan (kiri) mengikut tempo lagu.
Posing yer..gaya dah cam senaman tai chi pun ada...bagus..bagus..turun lagi bawah.
Walaupun memakai uniform sekolah..murid-murid ini tetap melakukan senaman tanpa rasa ragu.
Cayalah cikgu Huzaimah mengikuti senaman walaupun berbaju kurung..ayu gitu.
Syed Kamirul beraksi macam nak bersilat jer...yeahhhh...
Jom lawan..dada siapa yang lebih bidang..hehehe
Walaupun kepenatan..cikgu Junaidah tetap maintain meneruskan senamrobiknya..
'Alamak!...habis cair make-up ku....' rileks ler cikgu Ropizah.
Bila masa pi ambik cermin mata ni?...dah macam pancasitara jer...
Chicken dance..goyong Inul semua...siapa yang hebat goyangannya dia menang.
Kuat semangat Hasrin...macam tulah anak murid cikgu...
Mangsa pitam pertama...Ain duduk menstabilkan diri.
Laaa...ni awat pulak ni? dah terduduk...tak larat yer Azwan..sikit jer lagi dah nak habis ni.
Hidayah jadi pemerhati saja...dah tak larat nak ikut...
Ngonat iggu...(penat cikgu)...awal-awal lagi Faizul dah pancit..buatlah yang mana larat je yer.
Habis je senamrobik...pakat-pakat serbu air..dahaga sangat.
Menu utama bihun singapore, keropok lekor dan air oren...mahu rasanya naik sekilo lagi berat badan...
Yang diraikan, cikgu Shafir (kiri) dan cikgu Edy Hisham yang berkerja keras menjaga PA System semasa program berlangsung...terima kasih semua.
--------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment