• Program Terapi Pasir

    Langkawi 2011
  • Kejohanan Merentas Desa 2012

    3 Februari 2012
  • Pengurusan Diri

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Berkuda

    8 Februari & 25 April 2012
  • Kek, Roti & Pastri

    PPKIBP SMK Arau
  • Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Perlis 2012

    17 - 19 April 2012
  • Lawatan Penanda Aras JPN Negeri Sembilan

    27 Februari 2012
  • MPVK Pertukangan

    PPKIBP SMK Arau
  • Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Waris Pelajar

    7 Mac 2012
  • MPVK Perkebunan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Explorace - Jejak Maklumat

    29 Mac 2012
  • Lawatan Penanda Aras SMK Machang Bubuk

    10 April 2012
  • Program Senamrobik Siri I hingga IV

    Mac & April 2012
  • Kokurikulum JPA 3

    PPKIBP SMK Arau
  • Aktiviti Gotong-Royong

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Bowling

    22 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Telaga Tujuh

    29 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Muzik

    PPKIBP SMK Arau
  • Pot Luck

    3 Mac 2012
  • Kokurikulum - Kelab Kesenian & Kebudayaan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Muzik

    22 Mac 2012
  • Kokurikulum - Permainan Petanque

    PPKIBP SMK Arau
  • Jom Ke Gym

    12 April 2012
  • Ringgit Kasorrga - Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Negeri Perlis

    21 April 2012
  • Lawatan Sambil Belajar

    Langkawi 2011
  • Senamrobik Sempena Larian 1 Malaysia

    PPKIBP SMK Arau 2011
  • Program Amali Sembelihan

    PPKIBP SMK Arau

Sunday, October 16, 2011

ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK


Nurdiana dan NorAzua sedang mendeklamasikan sajak, 
persembahan dari PPKIBP SMK Arau.
PADA Sabtu (15 Oktober 2011) yang lalu, berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Pendidikan Khas Peringkat Negeri yang bertempat di SMK Syed Alwi, Kangar, Perlis. Majlis yang dihadiri hampir 16 buah sekolah termasuk sekolah rendah dan menengah telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Perlis yang baru iaitu Encik Dun bin Kasa bersama Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Encik Suhaimi bin Mohd Nor.


Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi ternyata berjalan lancar dan berakhir seawal jam 10.45 pagi. PPKIBP SMK Arau yang diberikan amanah untuk persiapan makanan tetamu VVIP, Guru, PPM dan juga Murid telah melaksanakan amanah dengan baik walaupun terdapat sedikit ralat di mana pihak pengurusan makanan lambat menghantar makanan tepat pada masanya menyebabkan murid-murid dan guru-guru pulang tanpa makanan. Diharapkan pada tahun-tahun akan datang, masalah seperti ini tidak akan timbul lagi dan menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak terlibat. Masalah keterlewatan ini menyebabkan berpuluh timbunan nasi tidak dituntut dan terpaksa disedekahkan untuk mengelak dari pembaziran.


Tahniah kepada semua pemenang-pemenang dan semoga berjumpa lagi di tahun hadapan. Mari kita lihat gambar sekitar majlis ini berlangsung....jom layan!
Sebahagian guru-guru dan PPM yang hadir untuk memberikan 
sokongan.
Tarian pembukaan majlis yang cukup menghiburkan.

Puan pengerusi majlis pada majlis hari itu.

Cikgu Chan dan Kak Ta melayan tetamu VVIP.

Murid-murid Pendidikan Khas SMK Syed Alwi mengambil 
peluang berniaga pada hari tersebut.

Tetamu kehormat yang hadir memberikan sokongan.

Penuh dewan dengan kehadiran guru-guru, ibu bapa dan 
murid-murid.

Tuan Pengarah sedang memberikan ucapan alu-aluan.

Persembahan lagu "Pandang-pandang, Jeling-jeling" dari 
murid-murid SK Putra.

Persembahan boria dari SK Simpat Empat.

Tarmizi mendapat Anugerah Perubahan Tingkah Laku.

Megat juga mendapat Anugerah Perubahan Tingkah Laku.

Nursyafiqah juga diberikan Anugerah Perubahan 
Tingkah Laku.

Dari kiri, Syakirah, Hazlein dan Azwan menerima Anugerah 
Peningkatan Akademik 2011.

Muhamad Hafeezan satu-satunya murid PPKIBP SMK Arau yang 
menerima Anugerah PMR terbaik Pendidikan Khas melalui 
program inklusif 2010.

Guru-guru PPKIBP SMK Arau sedang sibuk membungkus 
makanan untuk diagihkan kepada setiap sekolah.

Tetamu kehormat sedang menjamu selera di meja santapan.

Kek Coklat Moist sebagai cenderahati kepada Tuan Pengarah 
dan Timbalan Pengarah.

Kek Pandan Layer juga dijadikan cenderahati.

Kek cawan diberikan kepada tetamu VIP yang hadir.

Azura, Hadirah dan Qusyairie bertugas sebagai pelayan di meja 
VVIP..wow! hebat.

Cikgu Hayati menyerahkan cenderahati kepada Tuan Pengarah 
untuk dibawa pulang hasil air tangan murid PPKIBP SMK Arau.
--------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails