• Program Terapi Pasir

    Langkawi 2011
  • Kejohanan Merentas Desa 2012

    3 Februari 2012
  • Pengurusan Diri

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Berkuda

    8 Februari & 25 April 2012
  • Kek, Roti & Pastri

    PPKIBP SMK Arau
  • Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Perlis 2012

    17 - 19 April 2012
  • Lawatan Penanda Aras JPN Negeri Sembilan

    27 Februari 2012
  • MPVK Pertukangan

    PPKIBP SMK Arau
  • Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Waris Pelajar

    7 Mac 2012
  • MPVK Perkebunan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Explorace - Jejak Maklumat

    29 Mac 2012
  • Lawatan Penanda Aras SMK Machang Bubuk

    10 April 2012
  • Program Senamrobik Siri I hingga IV

    Mac & April 2012
  • Kokurikulum JPA 3

    PPKIBP SMK Arau
  • Aktiviti Gotong-Royong

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Bowling

    22 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Telaga Tujuh

    29 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Muzik

    PPKIBP SMK Arau
  • Pot Luck

    3 Mac 2012
  • Kokurikulum - Kelab Kesenian & Kebudayaan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Muzik

    22 Mac 2012
  • Kokurikulum - Permainan Petanque

    PPKIBP SMK Arau
  • Jom Ke Gym

    12 April 2012
  • Ringgit Kasorrga - Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Negeri Perlis

    21 April 2012
  • Lawatan Sambil Belajar

    Langkawi 2011
  • Senamrobik Sempena Larian 1 Malaysia

    PPKIBP SMK Arau 2011
  • Program Amali Sembelihan

    PPKIBP SMK Arau

Friday, September 16, 2011

LAWATAN KERJAYA


Bergambar kenangan di hadapan kedai FAA Industries.

LAWATAN kerjaya yang dianjurkan oleh unit HEM yang diketuai oleh Pn.Hayati Md. Akhir pada 15/9/2011 (khamis) yang lalu disambut baik oleh murid-murid PPKIBP. Program lawatan kerjaya ini memfokuskan kepada peluang-peluang kerjaya yang boleh dimohon oleh murid-murid khas ini setelah tamat persekolahan nanti. Antara tempat lawatan yang kami kunjungi seperti kilang sarang burung (FAA Industries) di Kuala Perlis, kilang HPA (Kopi Radix) di Jejawi dan  D'Melati Bakery iaitu kilang pemprosesan roti di Beseri.

Seramai 26 orang murid, 11 orang guru dan 4 orang pembantu pengurusan murid (PPM) turut serta dalam rombongan tersebut. Memandangkan program lawatan adalah disekitar Negeri Perlis, peluang kerjaya murid adalah sangat tinggi dan mampu dilakukan oleh murid-murid ini.

Di kesempatan ini, kami warga PPKIBP SMK Arau ingin mengucapkan sekalung terima kasih di atas layanan baik yang kami terima dari pihak FAA Industries, HPA Industries dan D'Melati Bakery yang sudi menerima kehadiran kami dan pemberian cenderahati kepada kami. Terima kasih sekali lagi. Mari kita lihat laporan bergambar sepanjang program tersebut berlangsung.

LAPORAN BERGAMBAR


Murid gusar menunggu ketibaan bas yang agak lewat pada hari itu.

Penerangan tentang operasi kilang milik FAA Industries.

Murid melihat produk-produk yang dijual di cawangannya
di Kangar.
Cikgu Roslan sedang kusyuk meneliti khasiat produk satu persatu.

Sebahagian produk yang dijual di pusat jualan berasaskan
sarang burung.

Ibu segala sarang burung...promosi...InsyaAllah dijamin baik.

Petah menerangkan setiap khasiat produk jualannya.

Kami juga dibawa ke tempat pekerja memproses sarang
burung di tingkat atas.

Pekerja ini sedang mengasingkan bulu pada sarang burung...
cukup rumit.

Cukup mencabar...penuh ketelitian.

Sumbangan yang tidak seberapa dari warga PPKIBP..disampaikan
oleh GPK Pendidikan Khas, Encik Roslan Othman.

Cenderahati khas buat PPKIBP dari FAA Industries.

Sempat merakamkan kenangan bersama...cukup sporting.

Destinasi kedua kami...HPA Industries Sdn. Bhd di Jejawi.

Murid dan guru dikehendaki memakai topeng hidung dan
mulut (mask) bagi menjaga kebersihan.

Murid-murid tekun melihat pekerja HPA sedang memproses Kopi Radix.

Pekerja tekun menjalankan kerja secara manual.

Lihatlah mesin-mesin pemprosesan Kopi Radix...Mai
Secawan!....hehehe

Lemas sebenarnya...tapi mesti mengikut protokol memasuki
kilang.

Sebahagian kopi-kopi yang telah siap dibungkus.

Cenderahati 2 peket Kopi Radix setiap seorang untuk dibawa
pulang.

Sampai basah mask terkena air liur....haiya!..

Cenderahati khas buat HPA Industries daripada warga PPKIBP.

Bergerak ke D'Melati Bakery melihat pekerja-pekerja sedang
memproses roti pintal.

Teruja melihat kecekapan pekerja ini menguli doh.

Mesin proofer digunakan untuk mengembangkan doh roti
dengan lebih cepat.

Geram melihat kegebuan roti sardin ni....yum..yum..

Roti Marbel yang belum dibakar.

Menarik rupanya...mesti sedap ni....

Mini pizza yang telah siap dibakar dan sedia untuk dibungkus.

Ban kacang merah...kecur liur melihat kegebuannya.

Inilah rupanya mesin pemotong roti...cukup canggih.

Inilah kek yang dibawa pulang sebagai cenderahati daripada
pihak D'Melati Bakery kepada warga PPKIBP.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails