• Program Terapi Pasir

    Langkawi 2011
  • Kejohanan Merentas Desa 2012

    3 Februari 2012
  • Pengurusan Diri

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Berkuda

    8 Februari & 25 April 2012
  • Kek, Roti & Pastri

    PPKIBP SMK Arau
  • Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Perlis 2012

    17 - 19 April 2012
  • Lawatan Penanda Aras JPN Negeri Sembilan

    27 Februari 2012
  • MPVK Pertukangan

    PPKIBP SMK Arau
  • Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Waris Pelajar

    7 Mac 2012
  • MPVK Perkebunan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Explorace - Jejak Maklumat

    29 Mac 2012
  • Lawatan Penanda Aras SMK Machang Bubuk

    10 April 2012
  • Program Senamrobik Siri I hingga IV

    Mac & April 2012
  • Kokurikulum JPA 3

    PPKIBP SMK Arau
  • Aktiviti Gotong-Royong

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Bowling

    22 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Telaga Tujuh

    29 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Muzik

    PPKIBP SMK Arau
  • Pot Luck

    3 Mac 2012
  • Kokurikulum - Kelab Kesenian & Kebudayaan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Muzik

    22 Mac 2012
  • Kokurikulum - Permainan Petanque

    PPKIBP SMK Arau
  • Jom Ke Gym

    12 April 2012
  • Ringgit Kasorrga - Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Negeri Perlis

    21 April 2012
  • Lawatan Sambil Belajar

    Langkawi 2011
  • Senamrobik Sempena Larian 1 Malaysia

    PPKIBP SMK Arau 2011
  • Program Amali Sembelihan

    PPKIBP SMK Arau

Sunday, June 12, 2011

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI


Persembahan Nasyid PPKIBP SMK Arau merupakan peserta pertama.

RASANYA masih belum terlewat untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian pada Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Pendidikan Khas Peringkat Negeri pada 26 Mei 2011 (Khamis) yang lalu. Menang dan kalah adalah adat resam pertandingan dan perkara yang paling penting adalah sifat keberanian peserta dalam menyahut cabaran menyertai pertandingan perlulah dipuji.

Majlis yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar Utara bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada 1.30 tengahari. Antara kategori yang dipertandingkan pada majlis tersebut adalah Tilawah Al-Quran, Hafazan, Azan, Nasyid dan juga Mewarna Khat Jawi Sindrom down terbuka.


Pada majlis tersebut, PPKIBP SMK Arau telah merangkul Johan bagi kategori Hafazan (perempuan senior), Tempat kedua Hafazan (perempuan junior), Tempat kedua Tilawah Al-Quran (perempuan senior dan junior), Tempat kedua Nasyid kategori senior dan tempat ketiga khat jawi down sindrom terbuka.

Tahniah kepada pemenang-pemenang dan sekalung ucapan terima kasih kepada guru-guru yang tidak berputus-asa dalam melatih murid-murid istimewa ini. Cuba lagi di tahun hadapan !.....jom lihat gambar disekitar majlis tersebut....

 Nursyakirah memperdengarkan bacaan hafazan di hadapan para hakim.

Tarmizi mengalunkan azan subuh di atas pentas.

Mencuba sekali lagi untuk hafazan pula...

Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan memberikan hadiah 
kepada Nurhazlein yang muncul naib johan bagi acara hafazan junior.

Tersentuh hati melihat murid ini memperdengarkan bacaan 
Al-Qurannya...peserta dari SK Padang Besar Utara....

Berdebar-debar menanti keputusan juri hakim...

Sempat berposing sementara menunggu keputusan...hehehe

Nursyakirah muncul Johan Hafazan perempuan senior Peringkat 
Negeri tiga tahun berturut-turut.

Antara VVIP yang hadir meraikan majlis tersebut.

Menerima piala dan sijil penghargaan bagi Naib Juara Nasyid kategori senior.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails