• Program Terapi Pasir

    Langkawi 2011
  • Kejohanan Merentas Desa 2012

    3 Februari 2012
  • Pengurusan Diri

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Berkuda

    8 Februari & 25 April 2012
  • Kek, Roti & Pastri

    PPKIBP SMK Arau
  • Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Perlis 2012

    17 - 19 April 2012
  • Lawatan Penanda Aras JPN Negeri Sembilan

    27 Februari 2012
  • MPVK Pertukangan

    PPKIBP SMK Arau
  • Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Waris Pelajar

    7 Mac 2012
  • MPVK Perkebunan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Explorace - Jejak Maklumat

    29 Mac 2012
  • Lawatan Penanda Aras SMK Machang Bubuk

    10 April 2012
  • Program Senamrobik Siri I hingga IV

    Mac & April 2012
  • Kokurikulum JPA 3

    PPKIBP SMK Arau
  • Aktiviti Gotong-Royong

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Bowling

    22 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Telaga Tujuh

    29 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Muzik

    PPKIBP SMK Arau
  • Pot Luck

    3 Mac 2012
  • Kokurikulum - Kelab Kesenian & Kebudayaan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Muzik

    22 Mac 2012
  • Kokurikulum - Permainan Petanque

    PPKIBP SMK Arau
  • Jom Ke Gym

    12 April 2012
  • Ringgit Kasorrga - Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Negeri Perlis

    21 April 2012
  • Lawatan Sambil Belajar

    Langkawi 2011
  • Senamrobik Sempena Larian 1 Malaysia

    PPKIBP SMK Arau 2011
  • Program Amali Sembelihan

    PPKIBP SMK Arau

Tuesday, April 26, 2011

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN PENDIDIKAN KHAS 2011

Madina menjulang pingat emas dan Shazlina pingat perak 
bagi kategori BP(P) 100m senior.

PADA 19,20 dan 21 April 2011 yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Padang dan Balapan Pendidikan Khas 2011 peringkat Negeri Perlis di Stadium Mini SMK Syed Hassan, Kangar Perlis. Kejohanan ini telah melibatkan seramai 22 orang murid dan diiringi oleh 13 orang guru dan 3 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM).

Kejohanan ini disambut meriah oleh semua warga PPKIBP bagi semua sekolah rendah dan menengah yang terlibat termasuk PPKIBP SMK Arau. Pada tahun ini, jumlah penyertaan telah bertambah di mana program pemulihan khas dan pra sekolah dijemput untuk turut serta menyertai kejohanan.

SMK Arau telah mengambil bahagian dalam semua acara yang dipertandingkan di antaranya 100m, 200m, 800m, 4x100m,lontar peluru dan lompat jauh bagi kategori senior Bermasalah Pembelajaran lelaki dan perempuan. Manakala bagi kategori Bermasalah Pembelajaran lelaki dan perempuan junior, adalah acara 100m, 200m, 800m, 4x100m (lelaki junior sahaja), lontar peluru dan lompat jauh.  Turut dipertandingkan juga adalah acara 2x50m Down Sindrom Lelaki Menengah.

SMK Arau telah menduduki tempat kedua di kalangan sekolah-sekolah yang bertanding secara keseluruhan dengan memperolehi 23 pingat iaitu 8 pingat emas, 9 pingat perak dan 6 pingat gangsa. Salah seorang peserta dari SMK Arau iaitu Madina binti Abdullah juga telah menerima Augerah Olahragawati bagi kategori Perempuan Bawah 19 Tahun. Selain itu, pasukan perbarisan sekolah juga telah memenangi tempat pertama kategori Perbarisan terbaik keseluruhan bagi peringkat Sekolah Menengah bagi 3 tahun berturut-turut. Di bawah merupakan gambar-gambar yang menjadi memori indah bagi warga PPKIBP SMK Arau. Jom lihat.....

Madina sekali lagi menjulang pingat emas bagi acara BP(P) 800m 
senior dan Norazura memenangi pingat perak.

Acara 100m kategori program pemulihan khas.

Pemberian pingat acara lompat jauh program pemulihan.

Zairul Fitri menduduki tempat kedua bagi acara lompat jauh.

Perbarisan SMK Arau dinobatkan sebagai Perbarisan Terbaik 
Menengah bagi 3 tahun berturut-turut.

Maskot Katak membawa tuah kepada SMK Arau.

Madina dinobatkan Olahragawati Terbaik bagi kategori Perempuan 
Bawah 19 Tahun.


SMK Arau menjadi AJK Hadiah bagi tahun ini....dan sekalung tahniah kepada semua pemenang-pemenang dan warga PPKIBP SMK Arau kerana bertungkus lumus menjadikan Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Negeri Perlis 2011 berlangsung dengan jayanya. Jumpa lagi di tahun hadapan....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails