• Program Terapi Pasir

    Langkawi 2011
  • Kejohanan Merentas Desa 2012

    3 Februari 2012
  • Pengurusan Diri

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Berkuda

    8 Februari & 25 April 2012
  • Kek, Roti & Pastri

    PPKIBP SMK Arau
  • Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Perlis 2012

    17 - 19 April 2012
  • Lawatan Penanda Aras JPN Negeri Sembilan

    27 Februari 2012
  • MPVK Pertukangan

    PPKIBP SMK Arau
  • Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Waris Pelajar

    7 Mac 2012
  • MPVK Perkebunan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Explorace - Jejak Maklumat

    29 Mac 2012
  • Lawatan Penanda Aras SMK Machang Bubuk

    10 April 2012
  • Program Senamrobik Siri I hingga IV

    Mac & April 2012
  • Kokurikulum JPA 3

    PPKIBP SMK Arau
  • Aktiviti Gotong-Royong

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Bowling

    22 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Telaga Tujuh

    29 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Muzik

    PPKIBP SMK Arau
  • Pot Luck

    3 Mac 2012
  • Kokurikulum - Kelab Kesenian & Kebudayaan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Muzik

    22 Mac 2012
  • Kokurikulum - Permainan Petanque

    PPKIBP SMK Arau
  • Jom Ke Gym

    12 April 2012
  • Ringgit Kasorrga - Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Negeri Perlis

    21 April 2012
  • Lawatan Sambil Belajar

    Langkawi 2011
  • Senamrobik Sempena Larian 1 Malaysia

    PPKIBP SMK Arau 2011
  • Program Amali Sembelihan

    PPKIBP SMK Arau

Monday, November 15, 2010

MAJLIS AKHIR TAHUN PPKIBP 2010

Majlis Akhir Tahun PPKIBP telah berlangsung dengan meriahnya pada hari Khamis yang lalu bersamaan dengan 11 November 2010. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan di luar jangkaan di mana hampir kesemua waris murid hadir membanjiri blok Pendidikan Khas.

Majlis Akhir Tahun ini telah menggabungkan empat aktiviti utama seperti yang terkandung di dalam program Pendidikan Khas Contoh Negeri Perlis.  Aktiviti-aktiviti ini terdiri daripada Sambutan Hari Keluarga, Majlis Graduasi, Sambutan Hari Lahir dan Amali Penyembelihan. 


Majlis ini dimulakan dengan amali penyembelihan di bawah bimbingan Ustaz Ahmad Sobri dan Ustaz Nurul Azri Abdullah yang dijemput khas dari aliran perdana.  Murid-murid diberikan tunjuk ajar bagaimana menyembelih ayam mengikut kaedah yang betul mengikut hukum syarak.  Sebanyak 20 ekor ayam telah disembelih dan dibersihkan oleh murid-murid dan ibu bapa yang hadir pada majlis ini.

Sebagai penghargaan kepada murid-murid ini, guru-guru telah berusaha menyewa sebanyak 13 helai jubah daripada Politeknik Ulu Pauh, Perlis.  Tuan Pengetua SMK Arau, Tuan Haji Halim bin Mansor telah menyempurnakan penyerahan sijil pada majlis tersebut. Seramai 11 orang murid akan menamatkan persekolahan pada hujung akhir tahun 2010 telah diraikan pada majlis itu.

Bagi memeriahkan majlis Sambutan Hari Lahir murid pula, satu pertandingan 'Music Chair' telah diadakan dan murid dibahagikan kepada kategori lelaki dan perempuan. Manakala aktiviti Hari Keluarga pula, satu pertandingan Mengukur Kelapa telah diadakan bagi mewakili kaum ibu. 


Pada penghujung majlis, acara penyampaian hadiah dan hamper telah diadakan di mana semua murid, guru dan PPM turut menerima hadiah sempena sambutan Hari Lahir. Manakala cabutan bertuah dibuka kepada semua warga PPKIBP yang hadir pada hari tersebut. Di bawah merupakan gambar sekitar majlis tersebut.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails