• Program Terapi Pasir

    Langkawi 2011
  • Kejohanan Merentas Desa 2012

    3 Februari 2012
  • Pengurusan Diri

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Berkuda

    8 Februari & 25 April 2012
  • Kek, Roti & Pastri

    PPKIBP SMK Arau
  • Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Perlis 2012

    17 - 19 April 2012
  • Lawatan Penanda Aras JPN Negeri Sembilan

    27 Februari 2012
  • MPVK Pertukangan

    PPKIBP SMK Arau
  • Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Waris Pelajar

    7 Mac 2012
  • MPVK Perkebunan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Explorace - Jejak Maklumat

    29 Mac 2012
  • Lawatan Penanda Aras SMK Machang Bubuk

    10 April 2012
  • Program Senamrobik Siri I hingga IV

    Mac & April 2012
  • Kokurikulum JPA 3

    PPKIBP SMK Arau
  • Aktiviti Gotong-Royong

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Bowling

    22 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Telaga Tujuh

    29 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Muzik

    PPKIBP SMK Arau
  • Pot Luck

    3 Mac 2012
  • Kokurikulum - Kelab Kesenian & Kebudayaan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Muzik

    22 Mac 2012
  • Kokurikulum - Permainan Petanque

    PPKIBP SMK Arau
  • Jom Ke Gym

    12 April 2012
  • Ringgit Kasorrga - Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Negeri Perlis

    21 April 2012
  • Lawatan Sambil Belajar

    Langkawi 2011
  • Senamrobik Sempena Larian 1 Malaysia

    PPKIBP SMK Arau 2011
  • Program Amali Sembelihan

    PPKIBP SMK Arau

Tuesday, October 26, 2010

KEM SAHSIAH UNGGUL

Panjangnya kayu bakar keledek...hehehehe
KEM Sahsiah Unggul yang berlangsung pada 22 Oktober 2010 (Jumaat) dan 23 Oktober 2010 (Sabtu) yang lalu berlangsung dengan meriahnya di mana hampir 41 orang murid yang hadir memberikan sokongan. Semua warga PPKIBP SMK Arau berkampung di blok PPKIBP selama 2 hari 1 malam. Perkhemahan yang julung-julung kalinya ini dilakukan bertujuan untuk membina sahsiah diri murid disamping melihat ketahanan diri murid dalam menangani setiap aktiviti yang dijalankan.

Pelbagai aktiviti telah diatur di dalam program ini antaranya, Pertandingan Masakan, Blind Trail, Mencari Harta Karun, Ikhtiar Hidup, BBQ dan diselitkan juga solat berjemaah dan tazkirah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Sobri bin Salleh yang dijemput khas dari aliran perdana.


Sepanjang perkhemahan ini berlangsung, hampir 90% objektif guru tercapai di mana murid dapat pembelajaran melalui pengalamian di antaranya memasang dan membuka khemah, berdikari memasak makanan sendiri, menguruskan keperluan peribadi dan menguji ketahanan mental dan fizikal murid melalui aktiviti Blind Trail. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Jom layan gambar di bawah.

MACAM-MACAM RAGAM


Makan sambil melayan perasaan...

"Masam, masam, masam....", bebel Ammier kepada rakan 
kumpulannya tidak puas hati.

Melayani perasaan seorang diri walaupun duduk ditepi tong sampah.

Bersungguh-sungguh Cikgu Shuaib membuat pancang laluan khemah.

Apa dah jadi dengan gelas plastik ini?...hebat sungguh.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails