• Program Terapi Pasir

    Langkawi 2011
  • Kejohanan Merentas Desa 2012

    3 Februari 2012
  • Pengurusan Diri

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Berkuda

    8 Februari & 25 April 2012
  • Kek, Roti & Pastri

    PPKIBP SMK Arau
  • Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Perlis 2012

    17 - 19 April 2012
  • Lawatan Penanda Aras JPN Negeri Sembilan

    27 Februari 2012
  • MPVK Pertukangan

    PPKIBP SMK Arau
  • Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Waris Pelajar

    7 Mac 2012
  • MPVK Perkebunan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Explorace - Jejak Maklumat

    29 Mac 2012
  • Lawatan Penanda Aras SMK Machang Bubuk

    10 April 2012
  • Program Senamrobik Siri I hingga IV

    Mac & April 2012
  • Kokurikulum JPA 3

    PPKIBP SMK Arau
  • Aktiviti Gotong-Royong

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Bowling

    22 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Telaga Tujuh

    29 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Muzik

    PPKIBP SMK Arau
  • Pot Luck

    3 Mac 2012
  • Kokurikulum - Kelab Kesenian & Kebudayaan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Muzik

    22 Mac 2012
  • Kokurikulum - Permainan Petanque

    PPKIBP SMK Arau
  • Jom Ke Gym

    12 April 2012
  • Ringgit Kasorrga - Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Negeri Perlis

    21 April 2012
  • Lawatan Sambil Belajar

    Langkawi 2011
  • Senamrobik Sempena Larian 1 Malaysia

    PPKIBP SMK Arau 2011
  • Program Amali Sembelihan

    PPKIBP SMK Arau

Thursday, October 14, 2010

FORUM LAYAR IMPIAN


Sesi forum bermula selepas berhenti rehat selama 20 minit.

FORUM Layar Impian yang berlangsung pada 13 Oktober 2010 (Rabu) yang lalu mendapat sambutan yang agak meriah di mana hampir kesemua sekolah menengah yang mempunyai murid pendidikan khas menghantar wakil untuk mengikuti program tersebut.

Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi dimulai dengan pendaftaran kehadiran dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengetua SMK Arau iaitu Tuan Hj. Halim bin Mansor. Program PPKIBP bertambah rancak dengan kehadiran Ketua Unit Pendidikan Khas, Tuan Hj. Shadan bin Yahaya bersama Puan Maaizah binti Johar (Penolong Pendidikan Khas) dan Puan Junaidah binti Abdullah (Penyelia Pendidikan Khas).

Antara panel yang dijemput khas untuk memberikan forum adalah Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Cik Zuraini binti Ahmad, Pegawai Jabatan Tenaga Rakyat, Encik Mohd Nor Idham bin Ahmad, Pegawai Giat Mara Negeri Perlis, Encik Nasfi bin Ismail bersama Pengurus Giat Mara Negeri Perlis, Encik Ahmad Fauzi dan Pegawai Pusat 3K, Cawangan Latihan dan Khidmat Bantu, Bahagian Pendidikan Khas KPM, Encik Rithauddin bin Abdull Rahim.


Majlis yang berlangsung hampir dua jam itu diselitkan dengan sesi soal-jawab antara panel dan ibu-bapa. Majlis diakhiri pada jam 11.30 pagi dan diikuti dengan jamuan ringan.


LAPORAN BERGAMBAR


Pendaftaran kehadiran setiap wakil guru dan murid bagi setiap sekolah.

Guru dan murid dari SMK Padang Besar.

Ibu bapa murid-murid yang memberikan sokongan padu.

Ahli panel yang dijemput khas untuk majlis Forum.

Menyambut kedatangan Ketua Unit Pendidikan Khas iaitu 
Tuan Hj. Shadan bin Yahaya bersama Puan Maaizah binti Johar.

Sebahagian murid-murid yang mengikuti majlis forum tersebut.

Orang kuat di belakang tabir, dari kiri Encik Shafir, Ustaz Nurul 
Azri dan Encik Edy Hisham.

Pengerusi majlis pada hari tersebut, Cik Ropizah Rohani.

Ustaz Nurul Azri mengepalai bacaan doa bagi memberkati majlis.

Kata ucapan alu-aluan daripada Pengetua SMK Arau, 
Tuan Hj. Halim bin Mansor.

Ucapan khas dari JPNPs, Tuan Hj. Shadan bin Yahaya.

Suasana dewan semasa majlis sedang berlangsung.

Majlis berhenti rehat...kelihatan ibu bapa melayan diri untuk 
menikmati sarapan pagi yang disediakan.

Kaum ibu sedang menikmati makanan.

Tetamu VIP sedang menjamu selera...silakan...
Gelagat bapa murid-murid menikmati sarapan pagi di luar dewan.
SESI SOAL JAWAB BERMULA...






Sidang audien memberikan tumpuan setiap soalan yang dikemukakan.


 Pemberian cenderahati kepada setiap ahli panel yang hadir




Majlis diakhiri dengan jamuan makan pada jam 11.30 pagi.

Guru dan PPM sempat bergambar kenangan di majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails