• Program Terapi Pasir

    Langkawi 2011
  • Kejohanan Merentas Desa 2012

    3 Februari 2012
  • Pengurusan Diri

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Berkuda

    8 Februari & 25 April 2012
  • Kek, Roti & Pastri

    PPKIBP SMK Arau
  • Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Perlis 2012

    17 - 19 April 2012
  • Lawatan Penanda Aras JPN Negeri Sembilan

    27 Februari 2012
  • MPVK Pertukangan

    PPKIBP SMK Arau
  • Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Waris Pelajar

    7 Mac 2012
  • MPVK Perkebunan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Explorace - Jejak Maklumat

    29 Mac 2012
  • Lawatan Penanda Aras SMK Machang Bubuk

    10 April 2012
  • Program Senamrobik Siri I hingga IV

    Mac & April 2012
  • Kokurikulum JPA 3

    PPKIBP SMK Arau
  • Aktiviti Gotong-Royong

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Bowling

    22 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Telaga Tujuh

    29 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Muzik

    PPKIBP SMK Arau
  • Pot Luck

    3 Mac 2012
  • Kokurikulum - Kelab Kesenian & Kebudayaan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Muzik

    22 Mac 2012
  • Kokurikulum - Permainan Petanque

    PPKIBP SMK Arau
  • Jom Ke Gym

    12 April 2012
  • Ringgit Kasorrga - Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Negeri Perlis

    21 April 2012
  • Lawatan Sambil Belajar

    Langkawi 2011
  • Senamrobik Sempena Larian 1 Malaysia

    PPKIBP SMK Arau 2011
  • Program Amali Sembelihan

    PPKIBP SMK Arau

Wednesday, September 22, 2010

CERAMAH KESIHATAN PERGIGIAN DAN PENGURUSAN DIRI

Jururawat ini sedang membantu Faizul memberus gigi dengan betul.

PADA 22 September 2010 (Rabu) berlangsungnya satu majlis ceramah kesihatan pergigian dan pengurusan diri yang diadakan di blok PPKIBP SMK Arau. Majlis yang berlangsung seawal jam 9.00 pagi ini dihadiri oleh pegawai pergigian dari Poliklinik Kesihatan Arau seramai 10 orang termasuk seorang doktor yang bertauliah. Majlis juga turut menjemput 2 orang jururawat masyarakat untuk memberikan ceramah berkaitan pengurusan penjagaan kebersihan diri.  Aturcara majlis dibuat secara teori dan praktikal bagi memberi pendedahan kepada murid secara pengalamian. Di bawah merupakan laporan bergambar sekitar majlis berlangsung.



Kehadiran pegawai-pegawai dari Poliklinik Kesihatan Arau 
disambut mesra oleh PK Pendidikan Khas iaitu Encik Roslan 
dan Puan Hayati.

Doktor Firdaus sedang memberikan taklimat tentang 
penjagaan gigi kepada murid-murid.

Jururawat yang berpengalaman sedang menunjukkan 
teknik memberus gigi dengan betul.

Khusyuk sebahagian ibu bapa mendengar ceramah yang disampaikan.

Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut keupayaan.

"Begini caranya", kata jururawat ini kepada murid-murid.

"Pegang berus gigi dengan menggunakan tangan kanan", kata jururawat ini.

Tekun murid-murid ini mendengar arahan.

Kini tibalah masanya untuk menjamu selera...jemput makan...

Sebahagian ibu bapa yang hadir sedang menjamu selera.

"Jemput makan, jangan malu-malu", kata cikgu Hayati ramah.

Inilah orang kuat PA System majlis ini..Encik Ishad yang 
sukarela menjadi DJ semasa majlis berhenti rehat.


Kak Ta (PPM) sedang melayan murid-murid menjamu selera 
di dataran perhimpunan.

Majlis turut dihadiri oleh Tuan Pengetua, Encik Halim bin Mansor, 
PK HEM Encik Ayob Md. Zain dan Encik Choh Kim Fah selaku 
ketua bidang untuk memberikan sokongan kepada PPKIBP.

Tuan Pengetua sedang memberikan cenderahati kepada pegawai-
pegawai pergigian sebagai tanda kenang-kenangan dari PPKIBP 
SMK Arau.

Slot Kedua telah dipengerusikan oleh Encik Pengiran Shuaib .

Puan Azah sedang memberikan ceramah berkenaan pengurusan 
penjagaan diri kepada murid-murid dan ibu bapa yang hadir.

Selesai sahaja teori, murid-murid perlu menjalani latihan 
secara praktikal 7 langkah cara membasuh tangan dengan betul.

Puan Azah menerima kek sebagai cenderahati yang 
disampaikan oleh PK Pendidikan Khas iaitu Encik Roslan Othman.

Majlis diakhiri dengan taklimat terakhir bagi peserta-peserta 
program lawatan ke Sabah yang akan diadakan pada isnin depan. 
Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails