• Program Terapi Pasir

    Langkawi 2011
  • Kejohanan Merentas Desa 2012

    3 Februari 2012
  • Pengurusan Diri

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Berkuda

    8 Februari & 25 April 2012
  • Kek, Roti & Pastri

    PPKIBP SMK Arau
  • Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Perlis 2012

    17 - 19 April 2012
  • Lawatan Penanda Aras JPN Negeri Sembilan

    27 Februari 2012
  • MPVK Pertukangan

    PPKIBP SMK Arau
  • Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Waris Pelajar

    7 Mac 2012
  • MPVK Perkebunan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Explorace - Jejak Maklumat

    29 Mac 2012
  • Lawatan Penanda Aras SMK Machang Bubuk

    10 April 2012
  • Program Senamrobik Siri I hingga IV

    Mac & April 2012
  • Kokurikulum JPA 3

    PPKIBP SMK Arau
  • Aktiviti Gotong-Royong

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Bowling

    22 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Telaga Tujuh

    29 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Muzik

    PPKIBP SMK Arau
  • Pot Luck

    3 Mac 2012
  • Kokurikulum - Kelab Kesenian & Kebudayaan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Muzik

    22 Mac 2012
  • Kokurikulum - Permainan Petanque

    PPKIBP SMK Arau
  • Jom Ke Gym

    12 April 2012
  • Ringgit Kasorrga - Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Negeri Perlis

    21 April 2012
  • Lawatan Sambil Belajar

    Langkawi 2011
  • Senamrobik Sempena Larian 1 Malaysia

    PPKIBP SMK Arau 2011
  • Program Amali Sembelihan

    PPKIBP SMK Arau

Sunday, August 8, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI PERLIS


Atlet harapan PPKIBP SMK Arau..Shafiq Shafie juga turut 
membawa larian emas bagi acara 4x100m kategori senior lelaki.

PADA 2 Ogos 2010 hingga 4 Ogos 2010 berlangsungnya Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Perlis di Stadium UITM, Perlis. Kejohanan ini disambut meriah oleh warga PPKIBP bagi semua sekolah menengah dan rendah yang terlibat termasuklah PPKIBP SMK Arau. Pada kejohanan kali ini, pelajar PPKIBP SMK Arau telah mengambil bahagian dalam semua acara yang dipertandingkan mengikut kategori yang ditetapkan.

Bagi kategori senior lelaki dan perempuan Bermasalah Pembelajaran, PPKIBP SMK Arau telah mengambil bahagian dalam acara seperti 100m, 200m, 4x100m, lontar peluru dan lompat jauh. Manakala bagi kategori junior lelaki dan perempuan turut mengambil bahagian dalam acara yang sama. Turut dipertandingkan juga ialah acara 50m dan 2x50m kategori down syndrome lelaki dan perempuan.


Jumlah keseluruhan pingat yang dimenangi pada hari tersebut adalah 8 pingat emas, 16 pingat perak dan 7 pingat gangsa menjadikan jumlah 34 pingat. Seorang pelajar PPKIBP SMK Arau iaitu Nor Diana binti Abdullah telah muncul sebagai Olahragawati bagi kategori senior perempuan dan PPKIBP SMK Arau juga telah memenangi perbarisan terbaik bagi kategori sekolah menengah dan johan kategori bawah 19 tahun.

Tahniah diucapkan sekali lagi buat semua warga PPKIBP SMK Arau kerana berjaya mengekalkan anugerah perbarisan terbaik sebanyak 2 kali berturut-turut. Semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh murid-murid PPKIBP seharusnya dipuji dan diberikan sokongan moral yang lebih padu untuk masa-masa yang akan datang. Jom layan gambar saat-saat manis sepanjang kejohanan berlangsung.

LAPORAN BERGAMBAR

Pengurus dan penolong pengurus pasukan sedang mengagihkan baju 
dan kasut kepada atlet-atlet.

Atlet-atlet diberikan sarapan pagi sebelum bertolak ke stadium UITM...
makan jangan tak makan.

Cikgu Hayati sedang membantu atlet bersiap sebelum melaporkan 
diri ke meja penyelia peserta.

Acara padang, lontaran Ammier yang berjaya menyumbangkan 
pingat perak kepada PPKIBP SMK Arau....tahniah...tahniah.

Acara 100m murid-murid Bermasalah Pendengaran....sedang 
bersedia untuk memulakan larian.

Wah..wah...wah...bersemangat guru-guru PPKIBP menjadi 
pom-pom girl pada hari itu memberikan sokongan padu.

PPKIBP SMK Arau tidak melepaskan peluang untuk membuka
 gerai jualan pada hari itu...hehe RM..RM..RM...

Rescue 911.....Iqbal mengalami ketegangan otot....diberikan 
bantuan sewajarnya...

Sempat bergambar bersama...sebelum acara bermula pada hari ke-2.

"Baju sponsor tau!".....Cikgu Maisarah sedang menunjukkan 
baju yang ditaja khas oleh GPK kami Encik Roslan Othman....
terima kasih daun keladi...nanti bagi lagi yer....hehehe

Kak Ta (PPM) sempat memberikan pose bersama atlet PPKIBP 
yang layak masuk final bagi acara 50m down syndrome.

Lawatan Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas 
Tuan Hj. Hasan bin Hashim ke khemah peserta pada hari ke-2.
Larian emas Shazlina bagi acara 4x100m senior perempuan.
Nurul Fizah juga turut menamatkan larian emas bagi acara 
2x50m bagi kategori down syndrome.

Masa untuk make-up bagi persiapan perbarisan penutup 
Kejohanan...tenyeh Kak Ta...jangan tak tenyeh.....hehe

Zaini (PPM) sanggup datang walaupun bercuti kerana patah 
tangan memberikan sokongan moral kepada warga PPKIBP.

Peserta perbarisan PPKIBP SMK Arau bersama maskot 
utamanya Kek dan Pastri...sedang berbaris menanti giliran.

Guru-guru dan PPM sempat memberikan pose istimewa di hadapan 
lensa kamera.

Timbalan Pengarah Tuan Hj. Abdul Hadi bin Harun (tengah) 
sedang memberikan hadiah bagi perbarisan terbaik bagi kategori 
menengah kepada ketua kontijen SMK Arau, En. Roslan Othman 
sambil ditemani oleh Ketua Sektor Tuan Hj. Hasan bin Hashim.

Inilah Olahragawati Pendidikan Khas senior perempuan, Nor Diana 
binti Abdullah.

Shafiq dan Aslam sedang menerima hadiah bagi johan kategori bawah
 19 tahun...syabas diucapkan.

Stadium digegarkan dengan persembahan boria dari SK Kuala Perlis 
bagi menutup tirai kejohanan.

Semua kontijen Pendidikan Khas diberikan saguhati oleh Tuan Timbalan 
Pengarah.

Alahai,...frust menonggeng!...jiwa kacau bila tak dapat hadiah...
huk..huk..huk...

Begitulah adat permainan...ada yang menang dan ada yang kalah...diharapkan pada tahun hadapan PPKIBP SMK Arau akan mengaut lebih banyak pingat dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja PPKIBP SMK Arau kerana bertungkus lumus menjayakan kejohanan sukan Pendidikan Khas pada tahun ini...selari dengan moto Kek dan Pastri sentiasa di hadapan...jumpa lagi!.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails