• Program Terapi Pasir

    Langkawi 2011
  • Kejohanan Merentas Desa 2012

    3 Februari 2012
  • Pengurusan Diri

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Berkuda

    8 Februari & 25 April 2012
  • Kek, Roti & Pastri

    PPKIBP SMK Arau
  • Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Perlis 2012

    17 - 19 April 2012
  • Lawatan Penanda Aras JPN Negeri Sembilan

    27 Februari 2012
  • MPVK Pertukangan

    PPKIBP SMK Arau
  • Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Waris Pelajar

    7 Mac 2012
  • MPVK Perkebunan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Explorace - Jejak Maklumat

    29 Mac 2012
  • Lawatan Penanda Aras SMK Machang Bubuk

    10 April 2012
  • Program Senamrobik Siri I hingga IV

    Mac & April 2012
  • Kokurikulum JPA 3

    PPKIBP SMK Arau
  • Aktiviti Gotong-Royong

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Bowling

    22 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Telaga Tujuh

    29 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Muzik

    PPKIBP SMK Arau
  • Pot Luck

    3 Mac 2012
  • Kokurikulum - Kelab Kesenian & Kebudayaan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Muzik

    22 Mac 2012
  • Kokurikulum - Permainan Petanque

    PPKIBP SMK Arau
  • Jom Ke Gym

    12 April 2012
  • Ringgit Kasorrga - Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Negeri Perlis

    21 April 2012
  • Lawatan Sambil Belajar

    Langkawi 2011
  • Senamrobik Sempena Larian 1 Malaysia

    PPKIBP SMK Arau 2011
  • Program Amali Sembelihan

    PPKIBP SMK Arau

Thursday, June 17, 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERLIS 2010


Inilah rupanya pentas utama di Dewan Wawasan 2020...biru dan 
kuning adalah tema bagi Hari Guru tahun ini.

PADA 17 Jun 2010 (Khamis) yang lalu, satu sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perlis telah diadakan di Dewan Wawasan 2020 Kangar, Perlis. Majlis ini telah disempurnakan oleh Putera Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan dihadiri hampir 1500 orang guru yang mengajar di negeri Perlis.
Pelbagai aturcara telah dijalankan bagi memeriahkan majlis sambutan Hari Guru pada tahun ini. Antara program yang menjadi tumpuan ramai adalah Pameran Hidup yang diadakan di ruang legar Dewan Wawasan 2020. PPKIBP SMK Arau juga telah diberikan penghormatan untuk membuat pameran Kek pada hari tersebut. Di bawah merupakan gambar sekitar majlis tersebut.


Jambangan bunga bersama coklat dihias indah untuk Raja Puan 
Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah pada hari tersebut.

Cikgu Ropizah dan Cikgu Nizar menjadi ahli jawatankuasa 
sambutan pada hari tersebut..sempat memberikan pose istimewa.

Banner yang dipasang pada ruang legar Pameran Hidup.

Cikgu Hayati sedang memberikan arahan kepada murid-muridnya...

"Tekan kuat sikit Shazlina", kata Cikgu Hayati memberi tunjuk ajar.

Inilah rupanya cup cake yang disediakan oleh murid-murid.

Puding Karamel juga disajikan sebagai pameran.

Lihatlah tekun betul Iqbal membuat topping di atas kek yang telah siap.

 
Cikgu Hayati memberikan tips berguna kepada murid-murid.

 
Selain dari PPKIBP SMK Arau, persembahan angklung dari 
murid-murid sekolah rendah juga turut mencuri tumpuan ramai.

SKPK juga turut mengambil bahagian bagi mewakili murid sekolah 
rendah.

SK Kuala Perlis juga turut membuat pameran puppet dan dengan 
trademark Pra Genius.

SK Sena dengan program celik IT nya...

Pameran Hasil Seni Kraftangan dari SMK Syed Sirajuddin oleh 
Persatuan Pergerakan Puteri Islam Perlis.

Antara Kraftangan yang menarik perhatian...telah menjadi johan 
bagi pertandingan Kraftangan Kuaci di Negeri Perlis....tahniah 
diucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis sambutan 
Hari Guru pada tahun ini.
-------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails