• Program Terapi Pasir

    Langkawi 2011
  • Kejohanan Merentas Desa 2012

    3 Februari 2012
  • Pengurusan Diri

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Berkuda

    8 Februari & 25 April 2012
  • Kek, Roti & Pastri

    PPKIBP SMK Arau
  • Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Perlis 2012

    17 - 19 April 2012
  • Lawatan Penanda Aras JPN Negeri Sembilan

    27 Februari 2012
  • MPVK Pertukangan

    PPKIBP SMK Arau
  • Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Waris Pelajar

    7 Mac 2012
  • MPVK Perkebunan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Explorace - Jejak Maklumat

    29 Mac 2012
  • Lawatan Penanda Aras SMK Machang Bubuk

    10 April 2012
  • Program Senamrobik Siri I hingga IV

    Mac & April 2012
  • Kokurikulum JPA 3

    PPKIBP SMK Arau
  • Aktiviti Gotong-Royong

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Bowling

    22 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Telaga Tujuh

    29 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Muzik

    PPKIBP SMK Arau
  • Pot Luck

    3 Mac 2012
  • Kokurikulum - Kelab Kesenian & Kebudayaan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Muzik

    22 Mac 2012
  • Kokurikulum - Permainan Petanque

    PPKIBP SMK Arau
  • Jom Ke Gym

    12 April 2012
  • Ringgit Kasorrga - Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Negeri Perlis

    21 April 2012
  • Lawatan Sambil Belajar

    Langkawi 2011
  • Senamrobik Sempena Larian 1 Malaysia

    PPKIBP SMK Arau 2011
  • Program Amali Sembelihan

    PPKIBP SMK Arau

Saturday, April 24, 2010

KEM MOTIVASI PENDIDIKAN KHAS 2010

TARIKH : 20, 21 & 22.4.2010
TEMPAT : PUSAT KOKURIKULUM TIMAH TASOH, PERLIS

LAPORAN BERGAMBAR
Banner yang dipasang di kawasan kem.
 
Berbaris mengikut sekolah masing-masing bagi aktiviti pendaftaran seawal jam 8.00 pagi.


 
Pemberian taklimat dari ketua kem komander iaitu En.Tarmizi Khamis dari SMK Syed Hassan, Kangar.

Selesai sahaja pendaftaran, murid diberikan riadah sukaneka untuk mengeratkan hubungan siratulrahim dan membina semangat berpasukan sesama mereka.

Bermain dengan gelung basikal memang menyeronokkan...cepat..cepat..siapa cepat dia menang.

Mengisi air dalam botol dengan menggunakan belon...baik untuk terapi tangan murid.

Tiup cepat...bersemangat murid ini menghabiskan tiupan belonnya.

Pada hari ke-2, murid diberikan aktiviti senaman pagi yang diterajui oleh Puan Junaidah Mohamad yang bertindak sebagai instructor.

Angkat kaki tu cepat !...gerak jangan tak gerak.

Aktiviti berkumpulan dijalankan untuk permainan musang dengan anak ayam.

Selesai saja senaman, murid menjalani aktiviti 'Ikhtiar Hidup' di mana murid diberikan bahan seperti ubi keledek, mancis dan ranting kayu. Murid dikehendaki memikirkan cara untuk menghidupkan unggun api dan seterusnya memasak ubi keledek yang dibekalkan..murid bergerak dalam kumpulan masing-masing.

Tengoklah ubi keledek ini, apinya dah hampir padam tetapi ubi keledeknya masih belum masak..

Lawatan Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas iaitu Tuan Haji Hasan bin Hashim ke tapak kem motivasi pada hari-2 untuk memantau program yang dijalankan..

Haa..inilah rupa ubi keledek kami..dah boleh dimakan...

Awat tak boleh menyala lagi nie?...fasilitator sedang menunjukkan cara untuk menyalakan unggun api kepada kumpulan 4.

Tamat saja aktiviti ikhtiar hidup, jurulatih Wall Climbing membuat demonstrasi kepada murid-murid cara untuk memanjat dengan betul.

Apalagi..naiklah!..beberapa orang murid bersiap sedia untuk memanjat wall climbing.

Gayatnya...bersemangat murid ini menghabiskan pendakian.

Akhirnya, berjaya juga murid ini sampai di puncak..tahniah diucapkan.

Pada sebelah petangnya pula, murid dikehendaki untuk menjalani permainan Paint Ball.

Jurulatih sedang menunjukkan cara yang betul menggunakan senapang Paint Ball.

"Tembak biar sampai kena sasaran"..jurulatih memberikan kata semangat kepada murid ini.

Cikgu Shuaib pun nak cuba juga, gaya boleh tahanlah...dah macam ironman jer..

Setiap platform akan ditemani oleh jurulatih..murid diajar menembak tepat ke sasaran.

Pada sebelah malam pula, setiap kumpulan diminta untuk menunjukkan satu persembahan pada malam persembahan.

Hari-3 diadakan aktiviti berbasikal di mana semua murid-murid akan menunggang basikal mengelilingi kem Timah Tasoh..

Bersemangat murid-murid ini berbasikal..aktiviti yang sangat menyeronokkan. Kem Motivasi ini diakhiri dengan majlis penutup pada 1.00 tengahari.
---------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails