• Program Terapi Pasir

    Langkawi 2011
  • Kejohanan Merentas Desa 2012

    3 Februari 2012
  • Pengurusan Diri

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Berkuda

    8 Februari & 25 April 2012
  • Kek, Roti & Pastri

    PPKIBP SMK Arau
  • Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Perlis 2012

    17 - 19 April 2012
  • Lawatan Penanda Aras JPN Negeri Sembilan

    27 Februari 2012
  • MPVK Pertukangan

    PPKIBP SMK Arau
  • Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Waris Pelajar

    7 Mac 2012
  • MPVK Perkebunan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Explorace - Jejak Maklumat

    29 Mac 2012
  • Lawatan Penanda Aras SMK Machang Bubuk

    10 April 2012
  • Program Senamrobik Siri I hingga IV

    Mac & April 2012
  • Kokurikulum JPA 3

    PPKIBP SMK Arau
  • Aktiviti Gotong-Royong

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Bowling

    22 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Telaga Tujuh

    29 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Muzik

    PPKIBP SMK Arau
  • Pot Luck

    3 Mac 2012
  • Kokurikulum - Kelab Kesenian & Kebudayaan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Muzik

    22 Mac 2012
  • Kokurikulum - Permainan Petanque

    PPKIBP SMK Arau
  • Jom Ke Gym

    12 April 2012
  • Ringgit Kasorrga - Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Negeri Perlis

    21 April 2012
  • Lawatan Sambil Belajar

    Langkawi 2011
  • Senamrobik Sempena Larian 1 Malaysia

    PPKIBP SMK Arau 2011
  • Program Amali Sembelihan

    PPKIBP SMK Arau

Monday, September 12, 2011

LAWATAN KE ALOR SETAR, KEDAH


PADA Rabu (7/9/2011) yang lepas, PPKIBP SMK Arau telah menganjurkan satu program lawatan sambil belajar ke sekitar bandaraya Alor Setar, Kedah. Program yang diterajui oleh Pn. Azlinda dan Pn. Siti Azlina ini bertujuan mendidik murid untuk berdikari dan mengenali susur jalur pertanian padi.


Destinasi pertama kami pada hari itu adalah Muzium Padi. Pemilihan destinasi tersebut bertujuan untuk membawa murid melihat dengan lebih dekat alatan-alatan menuai padi terdahulu sebelum wujud peralatan moden yang digunakan sekarang.


Destinasi seterusnya adalah Pusat Sains Negara, Cawangan Wilayah Utara, yang terletak di Gunung Keriang. Murid berpeluang untuk meneroka inovasi sains dan teknologi dan sempat pula menyaksikan satu pameran 'The Ice Age Experience' yang cukup mengujakan di mana pelbagai makhluk megafauna yang telah pupus dapat disaksikan di dalam pameran tersebut.
Selesai sahaja melawat Pusat Sains, rombongan terus ke Menara Alor Setar. Murid dilatih menggunakan lif untuk sampai ke tingkat atas. Murid juga berpeluang untuk melihat sekitar bandaraya Alor Setar dengan menggunakan teropong yang disediakan.


Destinasi terakhir kami adalah pasaraya TESCO Mergong. Murid dipecahkan kepada kumpulan kecil dan diberi masa 30 minit untuk membeli belah bersama guru. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada murid membeli-belah dan membuat bayaran di kaunter pembayaran tanpa bantuan guru. Selesai sahaja membeli-belah murid diberikan masa untuk minum petang di Medan Selera TESCO. Rombongan selamat sampai ke sekolah tepat jam 5.00 petang.         


ALBUM KENANGAN



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails