PROGRAM PPKIBP SMK Arau telah memilih Langkawi sebagai lawatan sambil belajar pada tahun ini. Rombongan PPKIBP telah berkampung di Langkawi selama 3 hari 2 malam bermula dari 19, 20 dan 21 Julai 2011 di bawah pakej Koperasi Pembangunan Langkawi. Seramai 11 orang guru, 4 orang pembantu pengurusan murid (PPM) dan 35 orang murid telah mengikuti rombongan ini.
Pelbagai destinasi yang menarik telah dilawati antaranya Kedai Warisan Sireh Lagenda, Kota Mahsuri, Beras Terbakar Padang Matsirat, Underwater World, Kilim Geoforest Park, Cable Car dan Pantai Tengkorak. Kami juga sempat membeli belah di Pasaraya terkenal dengan coklatnya Haji Ismail Group dan Idaman Suri bagi mendapatkan pelbagai koleksi pinggan mangkuk yang terkini dengan harga yang agak berpatutan sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.
Pelbagai pengalaman juga telah murid lalui sepanjang program berlangsung, antaranya menaiki bot laju, berjalan di dalam gua, menjalani terapi pasir, menaiki cable car dan juga feri. Murid sentiasa berada di dalam keadaan teruja dan begitu sporting dengan aktiviti yang dijalankan. Jom!, kita lihat aktiviti mereka...
LAPORAN BERGAMBAR
HARI PERTAMA
Seawal jam 8.30 pagi, rombongan telah bertolak dan menunggu feri
di jeti Kuala Perlis.
Cikgu Roslan memantau pergerakan murid semasa menaiki feri.
Ini mesti taktik untuk tidak mabuk laut...hehehe...betul tak cikgu?
Murid dalam keadaan bertertib semasa berada di dalam feri...bagus..bagus.
Haaaaa...sampai-sampai jer kami dibawa ke pusat jualan batik asli...
beli jangan tak beli.
Menjamu selera nasi tomato yang disediakan oleh pihak Koperasi....
memang sedap.
Destinasi kedua kami, tempat pemprosesan minyak gamat.
Inilah rupanya kawah memproses minyak gamat....sangat tradisional
dan memakan tempoh berminggu-minggu sebelum dipasarkan.
Kedai Warisan Sireh Lagenda memang terkenal di Langkawi.
Kempen promosi barangan berasaskan gamat...mantop weh!.
Destinasi ketiga kami, ke Kota Mahsuri.
Inilah rupanya Makam Mahsuri.
Yang ini pulak, rumah Pandak Mayah...cukup mengujakan bila terlihat
buaian anaknya tergantung di tengah rumah.
Pelbagai warisan ditinggalkan untuk tatapan umum.
Amboi..amboi..amboi...sempat pula si Afiq dan Hakim bergambar
di telaga Mahsuri. Pelbagai mitos dicanangkan tentang khasiat air
telaga tersebut...hmmm boleh percaya ke?
Sampai terduduk budak-budak ni melihat haiwan peliharaan ini.
Destinasi keempat, Beras Terbakar di Padang Matsirat.
Destinasi terakhir hari pertama di Underwater World.
Masing-masing tergamam melihat saiz ikan yang besar-besar di sana.
Penat berjalan...melepaskan lelah sebentar.
HARI KEDUA
Destinasi kami seawal pagi ke Kilim Geoforest Park...beratur
untuk menaiki bot laju.
Pintu masuk antara sungai dan lautan...sebelah kiri bukit yang
berbentuk Red Indian dan sebelah kanan menyerupai baby face.
Singgah ke perkampungan air untuk demonstrasi permainan ikan.
Cikgu Roslan mencuba untuk memberi makan ikan.
Hohohoho....Cikgu Maisarah menunjukkan keberanian untuk
bersalaman dengan ikan pari yang jinak.
Berpeluang untuk memasuki gua kelawar...baunya boleh tahan....
Cukup mengujakan berada di dalam gua.
Pemandangan di sekitar Cable Car.
Siapa gayat?....alamat kena tunggu di bawah ler yer...
Berekreasi di Pantai Tengkorak bagi menjalani terapi pasir.
Eh..eh...kejar ketam ke Afiq oi!...
Hasilnya...ketam ini pun Innalillah...dipicit oleh Afiq...hahahahaha.
Istana Ikan Duyung....boleh tahan.
Istana ni pulak dah macam kubah masjid jer...hihihihi..
Berseni Istana ni...siap ada lampu isyarat lagi...hahahaha..
Kreatif, besarnya...dah macam gergasi ler pulak...
Hahahaha...pasal apa model ni dah jadi pendek dan gemuk...
Ikan buntal ke?....siap berbonjol-bonjol ni...
Masa yang ditunggu-tunggu...berendam...
HARI KETIGA
Shopping time!....
Melepak sebentar sementara menunggu bas tiba.
Makan tengahari sebelum berangkat pulang.
Muka letih jer semua...
Murid tiba ke sekolah tepat jam 5.00 petang dan disambut oleh
ibu-bapa masing-masing.
No comments:
Post a Comment