Demonstrasi penjagaan rambut dilakukan ke atas murid ini. |
PADA 22 Jun 2011 (Rabu) yang lalu, berlangsungnya program Ceramah Kesihatan yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid (HEM) yang diketuai oleh Puan Hayati Md. Akhir. Program yang menekankan unsur pengurusan dan penjagaan diri murid-murid pendidikan khas cukup bermakna dengan kehadiran Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Arau, iaitu Dr. Salwani binti Omar dengan diiringi dua orang Jururawat Kesihatan Awam, Pn. Nor Azah binti Halid dan Jururawat Masyarakat U19 Pn. Rashidah binti Saad juga dari Klinik Kesihatan Arau.
Di dalam program ini, murid diajar secara praktikal cara penjagaan rambut dengan bantuan Jururawat dan pada slot kedua pula, murid dilatih untuk 'BILA PERLUKAN KATA TAK NAK!'. Ceramah ini mendidik murid untuk menjauhkan diri dari gangguan seksual. Pengisian yang baik khasnya untuk murid-murid istimewa. Apa-apa pun, jom layan gambar di bawah....
Murid-murid menunggu kedatangan tetamu jemputan khas.
Ibu-bapa juga dijemput untuk mendengar ceramah kesihatan ini.
Cikgu Shuaib menjadi pengacara majlis pada hari tersebut...
Murid-murid tekun melihat demonstrasi yang ditunjukkan oleh Jururawat ini.
Pn. Nor Azah memberikan nasihat kepada murid-murid
kepentingan penjagaan diri.
Dr. Salwani bersoal-jawab dengan murid-murid.
Makan 'time'....jemput semua.....
Jamuan ringkas untuk ibu-bapa dan murid-murid.
Dr. Salwani telus dalam memberikan ceramahnya.
Masa untuk menjamu selera...ditemani oleh Pn. Hayati.
No comments:
Post a Comment