PADA 27 September 2010 hingga 1 Oktober 2010 yang lalu, PPKIBP SMK Arau telah mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Sabah. Rombongan yang diketuai oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, Encik Roslan Othman bersama 8 orang guru, 3 orang PPM dan 22 orang murid berkampung di Resort Serusop Tuaran yang telah disediakan oleh SMK Badin Tuaran sebagai pihak urusetia.
Penerbangan dari LCCT Pulau Pinang ke Kota Kinabalu hanya mengambil masa selama 2 jam 50 minit dengan menaiki penerbangan Air Asia. Sepanjang berada di Sabah, banyak tempat yang telah kami lawati antaranya Poring (Hot Spring), menjalani terapi ikan, melawat Taman Negara Kinabalu dan sempat singgah di Pasar Nabalu di Kundasang. PPKIBP juga berkesempatan melawat Muzium Negeri dan Tamadun Islam di Kota Kinabalu dan berpeluang untuk menunaikan solat di Masjid Terapung serta membeli belah di 1 Borneo. Pihak urusetia juga telah membawa rombongan kami untuk melawat zoo hidupan liar di Lok Kawi serta mengikuti program Anura (Kodok dan Katak) yang telah dianjurkan oleh pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Aktiviti terakhir merupakan aktiviti bebas di mana pihak urusetia membawa kami ke Pasar Philiphine atau lebih dikenali sebagai Pasar Kraftangan untuk memberi peluang kepada kami membeli dan membawa cenderahati untuk dibawa pulang ke semenangjung. Alhamdulilah, program yang dirancang berjaya dilaksanakan. Pihak PPKIBP ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak urusetia iaitu SMK Badin Tuaran yang sudi menerima kedatangan kami.
Pihak PPKIBP SMK Arau juga ingin merakam ucapan terima kasih sekali lagi kepada warga sekolah, pihak yang memberikan sumbangan dan guru-guru yang berusaha keras untuk menjayakan program ini...jasamu dikenang. Di bawah merupakan album kenangan sepanjang kami berada di Sabah..
No comments:
Post a Comment