Bergambar kenangan di Stesen Padang Besar....seronok tak naik keretapi??... |
PADA 10 Ogos 2010 (Selasa) yang lalu, PPKIBP SMK Arau telah menganjurkan satu lawatan sosial ke Padang Besar Perlis dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) seawal jam 7.45 pagi. Rombongan yang diikuti seramai 9 orang guru, 2 orang PPM dan 27 orang murid tiba stesen Padang Besar tepat pada pukul 8.30 pagi.
Selesai membeli-belah, rombongan PPKIBP SMK Arau terus menuju ke Gua Kelam dengan menaiki bas untuk meneruskan aktiviti riadah seterusnya. Sepanjang perjalanan pulang, rombongan sempat singgah di hentian TERINAI yang terletak di kawasan Beseri. Tasik buatan ini mula dibina pada tahun 1987 yang menjadi kawasan tadahan air hujan bagi kegunaan penduduk Negeri Perlis. Rombongan sampai ke sekolah semula pada jam 1.30 tengahari. Di bawah merupakan gambar sepanjang aktiviti berlangsung...jom jenguk!
LAPORAN BERGAMBAR
Sempat lagi Anis membuta sepanjang berada di dalam keretapi...
kaki tidur rupanya....hehehe
Sementara menunggu kedai makan dibuka...sempat gak berposing...gasak ler...
Peace!,....sempat memberikan pose di hadapan lensa kamera.
Bagi pencinta alam sekitar....anda disarankan untuk ke Gua Kelam...
sangat menarik.
Pemandangan air terjun dari Gua Kelam......
Berposing sakan......senyum semua....
Suasana di dalam Gua Kelam....samar-samar bermandikan cahaya lampu neon.
Beristirehat melepaskan lelah masing-masing.
Memanjat tangga batu bagi aktiviti 'jungle trekking'.
Gua Kelam antara tempat tarikan pelancong untuk ke Negeri Perlis...
Inilah dia hentian TERINAI....cantikkan?... Tasik Timah Tasoh yang
menjadi tempat tumpuan persinggahan burung-burung ketika tiba
musim sejuk...hebatkan?....jom jalan-jalan di Negeri Perlis.
No comments:
Post a Comment