Sempat mencipta kenangan bersama....terima kasih semua. |
PADA 27 Jun 2010 (Ahad) yang lalu, PPKIBP SMK Arau telah menerima kunjungan sosial dari SMK Jelai, Negeri Sembilan. Lawatan sosial yang dihadiri hampir 8 orang guru, 2 orang PPM, 21 orang murid dan ahli keluarga waris murid telah hadir bagi melihat program contoh kek dan pastri di PPKIBP SMK Arau disamping mengeratkan lagi tali siratulrahim sesama program pendidikan khas.
Kehadiran mereka telah disambut dengan tangan terbuka oleh warga PPKIBP dengan menyediakan pengisian program yang berguna disamping menyediakan hidangan makanan tengahari secara bergotong-royong pada hari tersebut. Sekalung tahniah dan syabas kepada semua warga PPKIBP yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk menjayakan majlis ini. Di bawah merupakan gambar sekitar majlis tersebut...
SEBELUM PROGRAM BERLANGSUNG (DI SEBALIK TABIR)
Cikgu Sarina (kanan) dan Aslam menyiang ikan kembong untuk
dijadikan ikan bakar.
Kak Su (PPM) sedang memotong kangkung yang dipetik dari
kebun PPKIBP.
Cekap Iqbal menarah batang pisang bagi mendapatkan umbutnya
untuk dibuat gulai.
Tauke bakar-membakar, Cikgu Jun memang hebat...hehehe
Wah...inilah rupanya ikan yang telah siap dibakar...cukup
menyelerakan bila dicicah bersama air asam.....hmmmm...sedapnya.
Masak pun kena pakai segak..baru gulai sedap...betul tak kak Ta (PPM)???..
Gaya dah ada cam orang meniaga tu....Zaini (PPM) sedang
mengasingkan ikan yang telah dimasak.
Jual..jual...murah..murah...tauke air yer..
ROMBONGAN DARI SMK JELAI TIBA PADA JAM 10.55 PAGI.
Rombongan disambut oleh penyelaras PPKIBP iaitu Encik Roslan
dan Cikgu Chan.
Pengisian program dengan taklimat alu-aluan, tayangan video
program PPKIBP SMK Arau dan juga persembahan blog sekolah.
Selesai sahaja tayangan blog...semua tetamu dijemput untuk
menikmati makan tengahari.
Jamuan untuk guru, PPM dan ibu bapa yang hadir...jemput makan
semua.
Antara menu pada hari itu ialah gulai umbut pisang bersama daging,
jantung pisang masak sambal, kangkung goreng belacan, ikan bakar
bersama air asam, dan ulam-ulaman kampung dicicah bersama
sambal belacan....hmmmm...wallaaaaaa....
Suasana di perkarangan PPKIBP semasa jamuan berlangsung..
cukup meriah.
Guru dari SMK Jelai tidak melepaskan peluang untuk mencuba
bakat menghias topping kek...cayalah cikgu...!!..
Menjadi tumpuan ramai...chef-chef menunjukkan kebolehan
masing-masing menghias kek.
------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment