• Program Terapi Pasir

    Langkawi 2011
  • Kejohanan Merentas Desa 2012

    3 Februari 2012
  • Pengurusan Diri

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Berkuda

    8 Februari & 25 April 2012
  • Kek, Roti & Pastri

    PPKIBP SMK Arau
  • Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Perlis 2012

    17 - 19 April 2012
  • Lawatan Penanda Aras JPN Negeri Sembilan

    27 Februari 2012
  • MPVK Pertukangan

    PPKIBP SMK Arau
  • Perjumpaan Bersama Ibu Bapa & Waris Pelajar

    7 Mac 2012
  • MPVK Perkebunan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Explorace - Jejak Maklumat

    29 Mac 2012
  • Lawatan Penanda Aras SMK Machang Bubuk

    10 April 2012
  • Program Senamrobik Siri I hingga IV

    Mac & April 2012
  • Kokurikulum JPA 3

    PPKIBP SMK Arau
  • Aktiviti Gotong-Royong

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Bowling

    22 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Jasmani & Kesihatan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Telaga Tujuh

    29 Februari 2012
  • P&P - Pendidikan Muzik

    PPKIBP SMK Arau
  • Pot Luck

    3 Mac 2012
  • Kokurikulum - Kelab Kesenian & Kebudayaan

    PPKIBP SMK Arau
  • Program Terapi Muzik

    22 Mac 2012
  • Kokurikulum - Permainan Petanque

    PPKIBP SMK Arau
  • Jom Ke Gym

    12 April 2012
  • Ringgit Kasorrga - Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah Negeri Perlis

    21 April 2012
  • Lawatan Sambil Belajar

    Langkawi 2011
  • Senamrobik Sempena Larian 1 Malaysia

    PPKIBP SMK Arau 2011
  • Program Amali Sembelihan

    PPKIBP SMK Arau

Wednesday, May 26, 2010

TERAPI RENANG CHEQ RENANG KALI - 2


Taklimat diteruskan oleh Cik Chan Bee Chin tentang aktiviti yang 
akan dijalankan dan bertindak sebagai instructor renang pada hari ini.

PADA 26 Mei 2010 (Rabu), PPKIBP SMK Arau sekali lagi mengadakan program terapi renang yang berlangsung di kolam renang Hotel Putra Palace, Kangar Perlis. Seramai 34 orang murid telah mengikuti program yang dijalankan serta diiringi seramai 10 orang guru dan 3 orang PPM. Pelbagai aktiviti terapi dijalankan dan hampir tiga orang murid telah berjaya dipulihkan dari fobia terhadap air...tahniah kepada semua guru-guru PPKIBP kerana berusaha keras bagi menjayakan program ini...Secara keseluruhannya objektif tercapai. Moh! kita layan gambar di bawah.


LAPORAN BERGAMBAR

Seperti biasa, sebelum aktiviti bermula, murid-murid diberikan 
taklimat ringkas daripada penyelaras program iaitu Encik Roslan 
Othman tentang peraturan & keselamatan penggunaan 
kolam renang.

Sempat lagi berposing sebelum turun ke dalam kolam renang..
dari kiri Cikgu Ropizah, Cik Suhaina, Pn. Hanita, Cikgu Sarina dan 
Cikgu Fiza.

Peraturan paling utama sebelum turun ke dalam kolam adalah 
mandi di saluran paip yang disediakan.

Menunggu giliran untuk mandi...air dari shower tu macam tak nak 
keluar jer...alahai!

Murid-murid berbaris untuk menjalani aktiviti terapi pernafasan 
dalam air sambil dipantau oleh guru dan PPM.

Cikgu Maisarah menguji tahap pernafasan murid dengan aktiviti 
menyelam. Ketahanan murid direkodkan.

Takkan murid jer duduk dalam air, cikgu pun nak join jugak...
latihan teknik penafasan.

Teknik pengapungan diri...Anis berjaya mengapungkan dirinya 
di atas air dengan bantuan Cikgu Junaidah (kiri) dan Kak Zai (PPM).

"Lembutkan badan dan turunkan kepala tu...", kata cikgu Nizar 
kepada Khodijah yang agak ketakutan dengan aktiviti ini.

"Haaaa....Husna pandai,"...guru-guru memberikan tepukan gemuruh 
pada Husna kerana berjaya mengatasi masalah fobia air yang 
dihadapinya sekian lama.

 
Laaaa...air masuk hidung ke cikgu???...hehehe...teknik menyelam 
salah kot?..

Ya Allah!...yang ni murid ke cikgu?...bersiap sedia melakukan 
adengan stunt yang tidak diingini..hahaha.

Cikgu Sarina dengan aksinya tersendiri dalam melakukan 
teknik pernafasan dalam air...1,2,3...60 saat..hebat..hebat..hebat.

Agak mengecewakan...murid ini tidak diberikan kebenaran 
untuk menjalani terapi air bersama kawan-kawan yang lain..
hanya duduk melihat kawan-kawan bermain air...

"Amboi...amboi..amboi..dan lagi si firdaus dok pegang anak 
dara orang yer?"..cikgu bagi kahwin baru tau......

"Duduk bersidai di tepi kolam pun sempat bergosip yer,....
awat tu cikgu Roslan?, telinga masuk air ke?"..hehehe.

Aduhhhh...lihatlah aksi guru, PPM dan murid-murid ini...sporting 
sangat beraksi di hadapan lensa kamera.

AWAS! AKSI 18SG!!!

"Tolongggggggg.....nak naik!"....Faizul bersusah-payah membawa 
diri naik ke atas...hahahahaha...antara aksi yang lucu yang sempat 
dirakamkan spontan.
----------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails