LAPORAN BERGAMBAR
TARIKH : 18 MEI 2010
MASA : 7.40 PAGI HINGGA 1.00 TENGAHARI
TEMPAT : SMK ARAU, PERLIS.
Seawal pagi murid telah pun berada di dataran perhimpunan untuk
aktiviti rutin bagi nyanyian Negaraku dan diikuti dengan bacaan doa.
Semua guru pendidikan khas turun padang bagi aktiviti senamrobik
yang dijalankan seawal jam 8.00 pagi bersama murid-murid.
Semua murid sedang mendengar taklimat ringkas tentang perjalanan
program sambutan Hari Guru dari guru bertugas.
Instructor senamrobik yang didatangkan dari Jabatan Belia
yang diketuai oleh Puan Hashimah.
Bersemangat murid-murid mengikuti senamrobik sambil dibantu
oleh instructor yang terlatih.
Kelihatan semua guru dan murid 'enjoy' dengan aktiviti yang dilakukan.
Guru-guru ROSS dan GSTT begitu sporting turun padang mengikuti
program senamrobik yang dijalankan.
Lihatlah sikap segelintir murid-murid aliran perdana semasa program
senamrobik dijalankan, hanya menjadi penonton dan berborak
kosong.
Selalu kecundang...mungkin saiz badan yang besar membuatkannya
cepat penat..buat saja mana yang mampu Faizul yer....hehehe.
Cenderahati khas buat instructor yang sudi meluangkan masa
menjayakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi aktiviti
senamrobik...terima kasih sekali lagi.
Habis saja senamrobik, murid diatur bagi menjayakan pula sukaneka.
PPM sedang membuat penanda gelang tangan bagi setiap kumpulan
sukaneka..iaitu kumpulan merah, kuning, hijau dan biru...
"Biar cikgu cuba dulu,..cikgu pun teringin juga"....begitulah gelagat
cikgu Sarina mengayakan permainan gorila walk...gaya dah ada
tuuu...hehehe.
Cikgu Junaidah sedang memberikan arahan permainan gorila
walk kepada murid-murid.
Lihatlah aksi murid-murid ini..cukup menghiburkan dengan lawak
jenaka meniru gaya gorila berjalan.
Terkenkang-kenkang murid ini berjalan bagi menghabiskan
lariannya...hahaha.
Tamat jer gorila walk, murid mengikuti acara mengisi air dalam
botol...kelihatan murid tidak berputus asa atas kekalahan acara
yang lepas.
Bukan faktor masa yang dijadikan ukuran tetapi botol siapa yang
penuh dengan takungan air...perah sampai masuk dalam botol yer...
Akhirnya...rumah merah menjadi johan...yes!, aku menang.
Kini tiba masanya guru berentap pula dalam acara membaling
dan menyambut belon air.."hai! cikgu nizar, tersilap hari ke
berbaju kurung?"...tetap turun padang walaupun ayu gitu...
Hanya tinggal tiga peserta yang berentap untuk bergelar juara...
baik-baik lambung tu....
Akhirnya..inilah juaranya...bagi acara membaling dan menyambut
belon air iaitu Kak Ta (PPM) dan Sharifah..sempat memberikan
pose istimewa disamping belon tuahnya..
Acara diteruskan pula dengan acara meniup dan memecah belon
berganti-ganti...bagi pecah sama dia..
Aktiviti mencari gula-gula dalam tepung..."adoi!,..sampai sudah
tak dapat gula-gula tu shafiq..tiup kuat-kuat"....aksi shafiq
mendapat perhatian penonton...memang kelakar.
"Comotnya, mari kak Zai nak tambah lagi...", katanya mengusik
Shafiq.
'Makan time'...sebungkus nasi lemak menjadi hidangan sarapan
pagi...sedap betul.
"Jemput makan cikgu",....kata Abooul berbudi bahasa...silakan...
Kemudian acara diteruskan sambutan di dalam dewan bagi mendengar perutusan dan melihat persembahan murid dari Kelab Kebudayaan SMK Arau. Paling mengejutkan...salah seorang guru pendidikan khas telah tersenarai untuk menerima hadiah bagi kategori guru paling 'CUN'...jatuh kepada Cikgu Junaidah Mohamad...tuah berbaju baru yer..hehehe..Tahniah diucapkan moga cun sokmo.
-------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment